Pages

Khamis, 29 April 2010

Cuti bermula.....Latihan industri tidak ku Pergi namun Kerja menanti....

Alhamdulillah, Allah memberikan cuti hujung semester ini dengan satu tugasan yang sudah bisa aku lakukan setiap kali cuti diadakan. Iaitu menjadi seorang peniaga. Business yang dipelopori oleh ayah, dilakukan demi mencari nafkah buat kami sekeluarga. Setakat ini, dengan masa dan tenaga yang ada, satu laman web telah ku bina bagi mengisi, serta mempromosi business ku ini, ku harap dengan adanya laman web ini, dapat ku kongsi pengalaman serta pengetahuan dalam alam maya ini.
SEGALA TEGURAN AMATLAH DIGALAKKAN SERTA PEMBAHARUAN demi meningkatkan ekonomi UMMAH...


sila layari UCSQUARE SDN BHD ( pkultra.com)

Selasa, 13 April 2010

Tips Pengguna FACEBOOk

1. Memanipulasikan akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi . Justeru ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosikan kefahaman Islam melalui uilisan,video,audio dan sebagainya
2. Tidak Memasukkan Perincian Peribadi yang sensitif seperti akaun bank , taraf kesihatan dan sebagainya
3. TIDAK BERKONGSI TERLALU BANYAK GAMBAR PERIBADI( KHUSUSNYA BAGI WANITA) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat FACEBOOk
4. Jaga AUrat dan Pandangan MATA. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap auratnya
5. Elakkan (GHIBAH) MENGUMPAT dalam FACEBOOK kerana sudah terang lahikan bersuluh bahawa mengumpat umpama memakan bangkai saudara sendiri, haram hukumnya
6. Hadkan dan Kurangkan perbincangan soal remeh -temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain
7. TIDAK TERLIBAT DENGAN PERMAINAN -PERMAINAN DAN APLIKASI YANG DIJANGKA BERCANGGAH DENGAN ISLAM SEPERTI KUIZ RAMALAN NASIB. SAMA ADA ATAS DASAR ''SUKA-SUKA'' DAN SEBALIKNUYA''
8. TIDAK MEMPERCAYAI APLIKASI TILIK NASIB MODEN, seperti rahsia tarikh lahir dan aplikasi yang seantero dengannya atas dasar ''suka-suka' atau sebaliknya.
9. Menyedari bahawa maklumat kita difacebook boleh menjadi Database PIHAK ASING untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi malah ada satu organisasi yang mampu menyimpan maklumat...
Sumber solusi isu 17
www.zaharuddin.net

Ahad, 28 Mac 2010

Ebook Karya Harun Yahya mediafire

  1. PESONA Di Angkasa Raya (Glory In the Heavens)
  2. Keindahan di Langit
  3. Persoalan asas mengenai Islam
  4. Mari kita belajar mengenai Islam
  5. Hari Akhir dan Al-Mahdi
  6. Dunia Semut

Sabtu, 27 Mac 2010

Wanita

oleh Encik Abu, untuk tatapan umum....


seindah2 hiasan adalah kamu
namun kurgkan hiasanmu dimana jua
kerana ia hanya utk suamimu
bkn utk tatapan sang lelaki
jua bkn utk menjadi perbualan mereka mengenaimu

sempurnakanlah auratmu
labuhkn tudung, pakaianmu jua
bg mengelakkn fitnah ke atas dirimu
jua utk menepis nafsu lelaki

jagalah akhlakmu
jagalah pergaulanmu
jagalah martabat dirimu
jgn biarkan cinta sesama manusia mengatasi segala

korg da cntk, lg cntk kalo korg xupload gambo2 yg ble tarik perhatian..
smpn la gambo2 2 tuk suami korg t..
hehe

ps: kwn2ku yg bakal jd bapa dan ibu sekalian,bataskn tingkah laku 2
krg2 couple..xyh lg bgs,heee
sbb korgla yg nk membentuk ank2 korg nnt
bg llaki pimpinla keluarga korg t sebaek mgkin

last,tuk mmbe2 ku, jom amek kursus kawen,
kt utm murah
sem depan
..hehe...

Khamis, 25 Mac 2010

Dimanakah letaknya Cintamu dalam kehidupanku

Segala puji bagi Engkau Tuhan Seluruh Alam kerana telah membenarkan hamba MU ini menghabiskan bacaan buku HAMBA MU yang Tercinta MUHAMMAD s.a.w. Tulisan MUHAMMAD HUSAIN HAIKAL menjadi sumber daku untuk menghabiskan beberapa malam sepanjang semester ini. Terima Kasih kuucapkan kepada sahabatku SYAZWAN kerana membenarkan saya menelaah buku ini.

Kisahnya bermula sejak sebelum kelahiran beliau, iaitu zaman jahiliah kaum Quraisy sehinggalah detik pemergian beliau di atas riba isteri tercintanya Saidatina Aisyah. Mengikut bebarapa buku terpengaruh zaman moden, The 100 Ranking of the most influential person in history, nukilan Michael H. Heart , Muhammad S.A.W merupakan orang pertama yang paling berpengaruh di dunia. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang spiritual(agama Islam) tetapi malah POLITIK dan pengaruhnya tetap kekal dan masih berkembang sehingga sekarang. Setelah beberapa kajian dibuat terdapat juga ayat berkaitan MUHAMMAD dalam beberapa kitab utama agama seperti dalam BIBLE , Veda dan Purana dan dalam kitab agama Budha *sila rujuk Minda Muslim Super, Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Publication
Dalam Haji Akbar, Rasulullah menyampaikan amanatnya yang berbunyi...

  • Barangsiapa telah diserahi amanat, tunaikanlah amanat itu kepada yang berhak
  • Allah telah menentukan bahawa tidak boleh lagi ada riba
  • Nafsu setan yang meminta disembah itu telah minta disembah, telah putus buat selama-lamanya.Tetapi kalau kamu turutkan dia pada walaupun hal yang dianggap kecil nescaya akan senanglah ia,
  • Sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isterimu, isterimu juga mempunyai hak keatas kamu. Kamu mengambil mereka sebagai amanat daripada Tuhan, dan kehormatan mereka dihalalkan kamu atas nama Tuhan oleh itu berlaku baiklah kepada mereka, kerana mereka itu juga kawan - kawan yang membantu kamu sewaktu susah dan senang.
  • Kamu tidak akan SESAT , sekiranya berpegang teguh kepada KITABULLAH & SUNAHKU
  • Apabila tiba waktunya nanti pasti kamu sekalian akan mengahadap RABBULJALLIL dan waktu itu kamu pasti akan diminta pertanggungjawaban atas segala perbuatan semasa hidup di alam yang FANA ini..
Wahai sahabatku sekalian, sekarang ini nabi sudah lama meninggalkan kita dan mengharapkan kita menjadi umat yang terbaik. Cinta seorang pendai, pendakwah, bapa, pemimpin negara haruslah dibalas.. Mampukah kita membalas dengan cinta beliau di akhir zaman ini??
Semoga Allah Merahmati Nabi kita serta diri kita..AMIN
Terimalah dan Balaslah






Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...