Pages

Rabu, 26 Ogos 2009

Sistem Perisikan Dunia & Dajal mengikut Pandangan Sains

Berdasarkan hadis oleh Fatimah binti Qais, Nabi Muhammad pada suatu hari selepas melaksanakan solat jemaah menaiki mimbar khutbah dan kemudian berkata, “sahabatmu Tamim ad-Dari yang dahulunya menganut Kristian dan sekarang menganut Islam, menceritakan kepadaku mengenai Dajal. Beliau bersama – sama dengan rakan-rakannya belayar di laut dan kapal mereka hanyut selama lebih kurang sebulan sebelum terbabas di sebua pulau. Di pulau itu, mereka bertemu dengan makhluk yang amat hodoh, badannya dipenuhi bulu. Mereka bertanya kepada makhluk itu “Siapa kamu ?” lalu menjawab “ Aku adalah pengintip atau SPY… sehingga habis . (hadis riwayat MUSLIM)

Antara jentera perisikan dunia yang memporak perandakan dunia ialah CIA, MOSSAD dan KGB. Mengikut beberapa sumber seperti The Intelligence Community In the 21st Centuary dan dibentangkan pada 1996 oleh The Permanent Select Committee on Intelligence, CIA sering kali melanggar undang- undang sama ada dalam ataupun luar. Di laporkan sebnyak 100000kali mereka bertindak di luar batasan dan mereka sanggup membunuh bagi mencapai matlamat mereka. . Akhbar utusan, 26 ogos 2009 baru – baru ini turut mendedahkan keburukan anggota CIA , iaitu paksaan yang dikenakan kepada tahanan Islam selepas peristiwa 11 sept.Mengikut sebuah buku karangan Rodney Stich, pihak CIA membunuh presiden Vietnam Selatan dan merancang menaikkan pemimpin pemimpin boneka di Negara tertentu.

Selain itu, agensi perisikan Israel Mossad juga bertindak demikian dan mengikut akhbar The Washington Times, 1 kajian oleh Army School for Advanced Military Studies merumuskan Mossad adalah satu agensi yang liar, kejam dan pintar. Ia mampu menyerang sasaran – sasaran tertentu dan menampakkan perbuatan itu seolah – olah perbuatan orang Arab(10 september 2001). Anehnya sehari selepas itu terjadilah kejadian 11 SEPT. Tambahan pula bekas pegawai Mosad, Victor Ostrosky dan Claire Hoy, pernah menulis buku yang menceritakan aktiviti jahat termasuk perancangan memburukan nama LIBYA dan Saddam Hussin

sumber : Minda muslim Super Dr danial ZAinal Abidin

Ahad, 16 Ogos 2009

Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...