Pages

Ahad, 3 Mei 2015

Bahayanya Sumber Air di Malaysia

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah yang memberi rahmat yang besar dalam kehidupan kita.

Sebelum berbicara dengan lebih mendalam ingin saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekitar Malaysia.

Masalah air tidaklah menjadi penyakit yang cepat merebak dan diambil perhatian seperti penyakit berjangkit, Aedes, JE dan lain lain. Namun ia merupakan barah (KANSER) yang besar apabila tidak dirawat serta dijaga dengan begitu rapi.

Pernahkah anda terbaca mengenai kes yang berlaku di Kampung Baru beberapa tahun yang lalu.


Tidakkah anda mempunyai perasaan melihat perkara ini mungkin berlaku di dalam rumah kita sendiri? Dan Adakah anda jenis orang yang sangat peka mengenai kehidupan orang yang tersayang?
Bilakah anda memeriksa tangki air anda? Dan pernahkah anda terfikir jika saya meminum air yang tidak di rawat, apakah kesan yang mungkin terjadi.?

Maka ini mungkin terjadi. Anda boleh lihat link ini mengenai masalah air yang kerap berlaku di Selangor terutamanya. http://smeh.tripod.com/gesungai.html
Sehinggakan sumber air Selangor daripada Semenyih pernah disyaki terdapat najis binatang (BABI) serta manusia, 
Sebelum pergi dengan lebih lanjut. Sedikit kajian perlu dilakukan bagi memperoleh sedikit data daripada sumber air (SYABAS).
Syabas menyatakan mereka menggunakan chlorine untuk merawat sumber air yang diambil daripada empangan yang berdekatan. Ini kerana penggunaan chlorine merupakan teknologi yang murah dan lebih jimat berbanding teknik yang lain. Namun demikian penggunaan Chlorine yang tingi mampu merosakkan sistem kehidupan manusia dan binatang.  Anda boleh merujuk kepada link INI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kandungan serta Standard yang digunakan oleh SYABAS.
Sebagai penyelesaian kepada masalah ini, Syabas menasihatkan agar memasang Penapis air sama ada luar atau dalam. Maka Persoalan yang bermain di minda ialah apakah Penuras/Perawat air yang terbaik? Apakah penyakit yang memberikan kesan jangka panjang kepada kehidupan kita? Apakah jaminan, Quality Standard yang dijamin?  Apakah kos sesebuah penuras/perawat air? Apakah kesan penapis Panas Sejuk? Kenapa perlu diselenggara?  Apakah masaalah RO? Apakah masalah air yang lebih beralkali? Apakah air yang terbaik di dunia? Semua ini semua persoalan yang perlu dijawab?



Rujukan
1. Chlorine in Drinking-water, WHO/SDE/WSH/03.04/45 

Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...