Pages

Jumaat, 27 Mac 2009

Luasnya rahmat keampunan Allah

Terima kasih diucapkan kepada rakan – rakan yang sudi membaca ruangan ini, dalam artikel yang lalu, saya menerima pelbagai teguran dan input yang bertambah. Saya memohon maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar dalam teguran tersebut. Namun begitu, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan sebabnya. Di dalam memberi teguran sudah pasti terdapat adab yang harus dipatuhi oleh pemberi. Sebagai umat Islam kita wajib menjaga tepi kain orang. Yang bermaksud menjaga tepi kain orang ini seperti makan ,minum, pergaulan serta pelbagai lagi. Tetapi janganlah mendedahkan serta memalukan di khalayak ramai. Berdasarkan hadis yang masyhur yang sering kita dengar iaitu lebih kurang begini bunyinya kalau kemampuan tegurlah kemaksiatan dengan tangan, jikalau tidak mampu gunakanlah perkataandan jikalau tidak mampu bencikanlah dengan hati, itu merupakan selemah – lemah iman.
Dalam surah ali – Imran ayat 104 “dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari orang yang mungkar. Dan mereka itulah mereka yang beruntung.”
Kepada para pembaca janganlah mengambil sikap mengasingkan diri serta memutuskan persaudaraan hanya kerana beberapa teguran terutama teguran itu benar serta ia memfaktorkan kepada kebenaran.*mengikut pandangan yang lain orang yang memutuskan persaudaraan iaitu tanpa persapaan serta marah dengan niat melebihi 3 hari akan menghalang keredhaan Allah kepada orang tersebut (sila betulkan jika salah pandangan ini).
Umat Islam itu adalah saudara, mahukah kalian memakan daging saudara sendiri kerana memburukkan sahabat sendiri. Oleh itu sifat pengampun haruslah bersemai dalam hati untuk mengelakkan pertelingkahan.
Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Dalam hadis kudsi Allah berfirman:
“Wahai anak –anak adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku idak peduli. Wahai anak –anak adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau memohon keampunan kepad-Ku, Aku ampunkan enkau, aku tidak peduli. Wahai anak – anak adam, engkau jika datang kepadaku dengan dosa yang hamper memenuhi bumi, namun engkau menemuiku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya Aku dating kepadamu dengan penuh keampunan.”
( Riwayat at – Tirmizi, dinilai hasan oleh al – Albani)
Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, kita disuruh agar memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa daripada rahmatnya.Sekian.

Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...