Sebuah novel nukilan Abdul Latip Talib telah habis dikhatamkan dalam masa 1 minggu, Segala puji kepada Allah yang telah memberikan peluang untuk memahami cara hidup pemimpin umat islam yang agung ini. Berketurunan Bani Adi ini merupakan seorang pemimpin tentera pada zaman jahiliyahnya, dan memimpin dunia Islam keseluruhannya apabila meninggalnya sahabat beliau Saidina Abu Bakar Al-Siddiq RA. Cara hidup islam yg berbeza dengan kita secara keseluruhan berbanding cara hidup agama lain. Dalam nukilan yang penuh sederhana yang berbentukkan novel lebih mudah untuk golongan seperti saya untuk membaca serta menghayati perjuangan hidup baginda.
Saya simpulkan kepada 3 iaitu sebelum, semasa dan selepas perlantikkan khalifah. Seperti yang kita dengar serta baca, Umar merupakan seorang yang paling memusuhi nabi ketika sebelum memeluknya Islam. Beliau memerangi sesiapa sahaja yang mengikuti Muhammad dan akhirnya dengan hidayah Allah beliau akhirnya memeluk Islam.
“ TAHA, bukanlah kami turunkan al-quran kepada engkau supaya engkau menjadi susah. Melainkan menjadi peringatan bagi yang takut. Diturunkan daripada yang ,menciptakan bumi dan langit yang tinggi. ( Dia ) maha pengasih, bersemayam di atas Arasy. Kepunyaan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Apa-apa yang ada di antara keduanya dan apa-apa yang ada di bawah tanah.” Taha 1-7
Satu malam, setelah menerima hidayah Allah, semasa Umar ingin pulang ke rumah pada lewat malam,
Mulaikah: Ke mana engkau pergi, wahai Umar Umar masuk ke rumah.”
Umar: Bertemu dengan Muahammad,”
Mulaikah: Engkau sudah jadi pengikut Muhammad? Sambil mencekak pinggang. Ternyata dia tidak senang hati dengan suaminya telah pun memeluk agama Islam
Umar: Aku yakin bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.
Mulaikah: Hanya mereka yang lemah dan miskin sahaja yang mengikut Muhammmad seperti bilal .Bukankah selama ini engkau antara orang Quraisy yang paling kuat menentang Muhammad ? tetapi mengapa mala mini engkau boleh berubah dalam sekelip mata
Umar: Allah sudah memberikan hidayah kepadaku. Dan aku berdoa semoga engkau juga juga mendapat hidayah.
Mulaikah: Aku tidak mahu menjadi pengikut Muhammad, dan kita tidak sefahaman lagi. Kamu pilih antara dua. Muhammad ataupun aku!!
Umar: Aku lebih sayangkan Muhammad daripada engkau, tegas Umar.
Akhirnya bercerai Umar dengan Mulaikah, kemudian dia terpaksa berhadapan dengan isterinya yang kedua bernama Quraibah. Ternyata wanita yang baru dinikahinya itu sama pendiriannya dengan Mulaikah. Akhirnya bercerai juga dengan wanita itu kerana tidak ada sefahaman kerana enggan menerima Islam. Namun dia tidak pernah berasa kesal malah hidupnya lebih bahagia selepas menganut Islam. Tidak lama kemudian dia bernikah dengan Ummi Hakim Haris. Dia merasakan hidupnya lebih bahagia. Seluruh hidupnya kini digunakan bagi membela Nabi Muhammad dan Islam.
Inilah antara pengorbanan yang terpaksa dilalui apabila menempuh Islam sebagai cara hidup. Hakikatnya kita sebagai umat Islam, haruslah berpegang teguh kepada Al-Quraan dan sunah.
3:186. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
Insyaallah akan disambung