Seorang lelaki yang berusia 30 an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan . Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insane yang Berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi pakar motivasi yang terkemuka.
Peserta motivasi bertanya: Bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari inidalam keadaan serba kekurangan ???
Lelaki: Ini bukan kekurangan atau kecacatan . Ini satu kelebihan. Kenapa???? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki.
Peserta motivasi: Tapi tuan juga tidak mampu melihat
Lelaki: Ya betul itu, Saya tidak ada peluang memandang perkara yang diHARAMkan . Saya juga tidak Nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk dengan mereka.
Peserta motivasi: Tapi apa yang tuan ada?
Lelaki : Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca Al- Quraan dan berzikir… Alhamdulillah
Tips: Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza pasti ada kelebiahan. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah Berikan dan Bertanggungjawab atas segala perbuatan.
Gambar hiasan: Syeikh Ahmad Yassin sebelum terbunuh di Palestine
Semoga Allah berkati