Sebelum menuju kepada tajuk yang mendalam ini, mari kita renungi firman Allah taala ini
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
Al-An'aam (6:108)
Setelah kita mengetahui dasar ini, saya akan berkongsi pengalaman mengenai Bible dalam kitab John atau Yohanes dalam bahasa. Untuk pengetahuan orang nasrani men'claim' bahawa Injil sekarang iaitu 4 kitab pertama dalam New Testament iaitu Matthew,Mark,Luke, John. Secara mudahnya keempat buah kitab ini menceritakan cerita yang sama tetapi melalui periwayatan yang berbeza. Sebagai contohnya ia seperti sanad hadis, kerana umumnya pada sumber yang sama tetapi mempunyai perbezaan dalam sesetengah aspek. Secara umumnya Kitab Bible ini hanyalah seperti Buku cerita lama seperti Shakesphere dan seantero dengannya kerana ia bukanlah kenyataan Allah tetapi kenyataan daripada pihak ketiga. (p/s: agak pening jugak membaca buku ini. (^_^) tetapi untuk orang umum tidak digalakkan membaca takut difitnah dan perlulah berguru))
Al- Quraan menyatakan (3:59)
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.
Dalam Kitab John ini tidak dinyatakan permulaan kisah hidup nabi isa tetapi dimulakan dengan perjumpaan dengan John The Baptis ( Nabi Yahya) iaitu John membaptis Jesus berdekatan sungai.
Jesus rata-ratanya berdakwah di Galilee dan Jerusalem (Palestine) dan mempunyai 12 orang pengikut setia.
Dalam bab ketiga, ayat kedua
Rabi (guru) , kami tahu, bahwa Engkau datang sebagai guru yang diutus Allah; sebab tidak ada seorangpun yang dapat mengadakan tanda-tanda yang Engkau adakan itu, jika Allah tidak menyertainya. John (3:2)
dan ayat yang paling kontradig dan merupakan point yang penting dalam kristian iaitu John 3:16 ayat ini saya sudah kupas dalam artikel yang lalu.
Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. (John 3:16)
Dalam bab keempat, kelima dan kesembilan Jesus mampu menyembuhkan orang yang tengah nazak dan lumpuh (sopak) dan telah mati. Ini menyebabkan paderi yahudi begitu marah kerana menyembuhkan pada hari sabath (sabtu).
Selain itu Jesus menyatakan
Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku. (John 5;30)
Sebab jikalau kamu percaya kepada Musa, tentu kamu akan percaya juga kepada-Ku, sebab ia telah menulis tentang Aku.
(John 5:46)
5:47 Tetapi jikalau kamu tidak percaya akan apa yang ditulisnya, bagaimanakah kamu akan percaya akan apa yang Kukatakan.
(John 5:47)
Dalam bab keenam
Selepas itu, di antara mukjizat Jesus dalam Bible adalah membahagikan makanan kepada 5000 lelaki( dikatakan makanan ini datangnya dari syurga di mana mempunyai persamaan dalam Al-Quran dalam ayat di bawah dan mampu berjalan di atas air dan apabila pengikut melihat mukjizat itu mereka mengatakan
Dia ini adalah benar-benar nabi yang akan datang ke dalam dunia. (John 6:14)
Paderi Yahudi benar - benar marah terhadap Jesus dan belakulah dialog diantara paderi besar kerana mempertikaikan kerasulan Jesus
7:16 Jawab Yesus kepada mereka: "Ajaran-Ku tidak berasal dari diri-Ku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus Aku.
7: 19 Bukankah Musa yang telah memberikan hukum Taurat kepadamu? Namun tidak seorangpun di antara kamu yang melakukan hukum Taurat itu. Mengapa kamu berusaha membunuh Aku?"
8:16 dan jikalau Aku menghakimi, maka penghakiman-Ku itu benar, sebab Aku tidak seorang diri, tetapi Aku bersama dengan Dia yang mengutus Aku.
10:29 Bapa-Ku, yang memberikan mereka kepada-Ku, lebih besar dari pada siapapun, dan seorangpun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa.
Saya mengambil pendekatan mengambil point yang sama kerana dalam Islam kita juga mempercayai Jesus tetapi bukanlah sebagai Tuhan atau anak Tuhan tetapi sebagai Utusan Allah untuk menyampaikan risalah kepada umatnya
Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (al maidah ,5:46)
Al Maidah 110-115
[110]
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata”
[111]
Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): “Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!” Mereka menjawab: “Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)”
[112]
Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: “Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?” Nabi Isa menjawab: “Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman”.
[113]
Mereka berkata: “Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri”
[114]
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.
[115]
Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk”.
Mari kita renungi dialog di antara Allah dengan Jesus dalam ayat 116-118
[116]
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
[117]
“Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ‘ dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
[118]
“Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Dan Insyaallah saya akan kupas selebihnya penghabisan cerita diantara perbezaan di antara Islam dengan Kristian dalam artikel yang berikutnya kerana menyampaikan yang BENAR itu WAJIB........
Sumber
Bible Versi Indonesia
Al-Quraan Terjemahan Melayu