Pendahuluan
Sejarah membuktikan insan ini dipuji mahupun dikeji, dan apa yang pasti ia
merupakan kebanggaan orang Islam bahawa beliau merupakan Insan yang disegani
baik kawan mahupun lawan. Micheal H. Hart dalam bukunya menempatkan beliau
ditangga tertinggi menggantikan insan lain. Dalam kesempatan ini, saya tidak
bercadang ingin menghuraikan mengenai tulisan insan lain, tetapi lebih kepada
menilai sebuah kitab yang digunakan dengan begitu meluas di dunia moden ini,
iaitu Holy Bible.
Amat mustahil sekiranya insan ini tidak disebut dalam kitab ini kerana beliau merupakan penutup kepada seluruh nabi dan rasul yang ada. Ini disebutkan dalam Quran Surah Al Ahzab; (33: 40)
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.’’
Manakala dalam surah Al-Kahf (18:110)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
Amat mustahil sekiranya insan ini tidak disebut dalam kitab ini kerana beliau merupakan penutup kepada seluruh nabi dan rasul yang ada. Ini disebutkan dalam Quran Surah Al Ahzab; (33: 40)
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.’’
Manakala dalam surah Al-Kahf (18:110)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
Ayat ini jelas menunjukkan insan ini merupakan Nabi yang terakhir, seperti
juga Nabi nabi yang terdahulu cumanya diwahyukan kepadanya sekaligus menjadi
rahmat buat sekalian alam.
Dalam menghuraikan perbahasan ini, perlulah dijelaskan bahawa Kitab Bible
ini terdiri daripada Old Tastement (OT) dan New Tastement (NT). Pengkaji dan peneliti Bible bersetuju bahawa
OT ditulis dalam Hebrew manakala NT ditulis dalam Greek dan Aramaic. Banyak
pengkaji Bible bersetuju bahawa penterjemahan kepada bahasa English mahupon bahasa
lain terdapat beberapa masalah iaitu terutamanya ialah istilah. Dalam memahami
masalah ini, barulah kita boleh meneruskan kepada tahap yang kedua iaitu adakah
Nabi Muhammad SAW disebut secara literal dalam Bible.
Bukti Pertama: Disebut nama secara Literal
Buktinya dalam Bible, Song of Solomon, (5:16) dalam Bahasa Hebrew disebut, 1
Dalam ayat ini, LAI (Lembaga Al-Kitab Indonesia) menafsirkan ayat seperti
berikut
“Kata-katanya manis semata-mata, segala sesuatu padanya
menarik. Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai puteri-puteri
Yerusalem.”
Jika dinilai secara literal nya, mchmdim boleh diklasifikasikan sebagai
Muhamad ‘im’. Kalimah ‘im’ dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan
penghormatan. Contoh ini boleh diguna pakai pada kalimat Elohim yang
menggambarakn ‘Tuhan’ manakala ‘im’ bermaksud Tuhan yang Maha Mulia. Jika isi
yang sama digunakan ke atas Tuhan, ia juga boleh diaplikasikan kepada perkataan
di atas. Maka jelas dan nyatalah bahawa Nabi Muhammad disebut secara literal
dalam Bible. Mengikut seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger, beliau berkata,
Penulis – penulis Bible tidak menyalin dengan tepat segala sumber yang mereka
temui, sebaliknya mereka menulis penafsiran mereka sendiri mengenai sumber
mereka iti. Mereka melakukannya kerana ingin memperbetulkan kesalahan –
kesalahan penulis lain, namun mereka sendiri telah mendedahkan diri mereka
dengan kesilapan. 2 Ini menunjukkan mungkin terdapat ketidak
sengajaan dalam kesilapan ejaan dan gagal mengekalkan beberapa istilah yang
sepatutunya.
Bukti Kedua: Dalam Buku Isaiah
Bab 21:13-17.
Dalam bab ini membicarakan mengenai ramalan kepada Arab.
Dalam versi LAI,
Dalam bab ini membicarakan mengenai ramalan kepada Arab.
Dalam versi LAI,
“13 Inilah pesan tentang Arab: Hai, orang Dedan,
kafilah-kafilahmu berkemah di semak belukar tanah Arab. 14 Hai penduduk tanah
Tema, berilah minum kepada orang-orang kehausan yang datang kepadamu, dan
berilah makan kepada para pengungsi.15 Sebab mereka telah melarikan diri dari
pedang yang terhunus, dari busur yang dilenturkan, dan dari perang yang sedang
berkecamuk 16 Lalu TUHAN berkata kepadaku, ''Tepat satu tahun lagi kejayaan
suku-suku Kedar akan berakhir. 17 Pemanah-pemanah Kedar adalah
orang yang paling perkasa. Tetapi hanya sedikit dari mereka akan selamat. Aku,
TUHAN Allah Israel telah berbicara.''
Manakala dalam Bab yang
lain,
Isaiah 60;6-7;
“6
Negerimu dikerumuni banyak unta, mereka datang dari Midian dan Efa. Dari Syeba
orang membawa emas dan kemenyan, sambil memuji perbuatan TUHAN. 7 Kambing domba
Kedar dibawa kepadamu domba jantan dari Nebayot tersedia untuk ibadatmu. Kurban
itu menyenangkan hati TUHAN Ia menyemarakkan Rumah-Nya yang penuh keagungan.”
Dalam
menafsirkan ayat ini, perlulah dijelaskan bahawa ia ialah ramalan yang akan
datang selepas waktu Isaiah bukanlah sebelum. Sebelum memahami ayat ini, susur
galur Nabi Muhammad haruslah diselidiki. Nabi Ibrahim dianugerahkan keturunan
yang hebat iaitu anaknya Nabi Ishaq yang dikenali sebagai Bani Israel dan Nabi
Ismail bagi bangsa Arab. Umum mengetahui bahawa, Nabi Ismail tinggal di padang
pasir sekitar negeri Arab dan pernah membuat kaabah bersama ayahnya Nabi
Ibrahim di Mekah.
Oleh
yang demikian, dalam memahami bab ini, sejarah membuktikan bahawa berlakunya
Hijrah oleh kaum Muhajirin dari Mekah ke Madinah dan bertemu dengan penduduk
Ansar. Maka berlakulah Piagam Madinah, di mana penduduk Ansar membantu
Muhajirin disebabkan ancaman oleh kaum Quraisy Mekah yang mereka hadapi.
Bertambah jelas lagi selepas setahun proses penghijrahan, berlakulah
pertempuran yang dahsyat di antara Islam dengan kaum Quraisy iaitu pada 17
Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M).4 Maka kemenangan
dicapai oleh Islam. Mengikut Isaiah 21:16 dan Isaiah 60; 7 itu , terdapat
perkataan ‘Kedar’. Siapakah Kedar ini? Mengikut tokoh – tokoh Kristian dan
Islam, Kedar atau Qaidhar adalah hasil daripada 12 Orang anak Nabi Ismail a.s.
yang melahirkan bangsa Arab.3
Selain
daripada itu, kata nama khas pada ayat 14 di atas iaitu ‘Tema’ merujuk kepada
sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian
Barat bumi Arab.3 Pada ayat 6 dan 7 ini, membuktikan bahawa orang
Arab menggunakan Unta sebagai pengangkutan dan terdapat sebuah rumah Tuhan yang
disemarakkan. Ayat ini jelas, bahawa tidak terdapat Rumah yang lain di negara
Arab yang diagungkan selain Kaabah yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail. Maka jelaslah bahawa ramalan ini menunjukkan kemuliaan yang akan
diturunkan kepada keturunan Nabi Ismail iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Ramalan
ini amatlah tidak saintifik jika dikaitkan dengan Nabi Isa a.s. Ini kerana Nabi
Isa bukanlah keturunan Nabi Ismail tetapi Nabi Ishaq yang berketurunan Israel.
Tambahan pula Nabi Isa tidak pernah berperang dan tidak pernah berhijrah. Bukti
yang kukuh ini membuktikan peristiwa yang akan berlaku di bumi Arab iaitu kisah
mengenai Nabi yang teragung ini.
Bukti ke- Tiga: Dalam
New Testement
Setelah melihat secara literal dan dalam OT terdapat bukti - bukti lain
juga yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad ada diterangkan dalam NT. Dalam Buku
John 1:19-24,
Dalam versi LAI,
Dalam versi LAI,
19 Dan inilah kesaksian Yohanes ketika orang Yahudi dari
Yerusalem mengutus beberapa imam dan orang-orang Lewi kepadanya untuk
menanyakan dia: ''Siapakah engkau?'' 20 Ia mengaku dan tidak berdusta, katanya:
''Aku bukan Mesias.21''Lalu mereka bertanya kepadanya: ''Kalau begitu, siapakah
engkau? Elia?'' Dan ia menjawab: ''Bukan!'' ''Engkaukah nabi yang akan
datang?'' Dan ia menjawab: ''Bukan!'' 22 Maka kata mereka kepadanya: ''Siapakah
engkau? Sebab kami harus memberi jawab kepada mereka yang mengutus kami. Apakah
katamu tentang dirimu sendiri?'' 23Jawabnya: ''Akulah suara orang yang
berseru-seru di padang gurun: Luruskanlah jalan Tuhan! seperti yang telah
dikatakan nabi Yesaya.''24 Dan di antara orang-orang yang diutus itu ada
beberapa orang Farisi.25 Mereka bertanya kepadanya, katanya: ''Mengapakah
engkau membaptis, jikalau engkau bukan Mesias, bukan Elia, dan bukan nabi yang
akan datang?'
Kisah di atas membuktikan bahawa pada satu ketika ada orang bertanyakan
kepada John The Baptis (Nabi Yahya a.s.) siapakah sebenarnya diri beliau? Di
sini, beliau memberitahu bahawa beliau bukanlah Elia, Mesaiah dan bukan Nabi
itu. Umum mengetahui bahawa dalam Islam Elia atau dikenali sebagai Nabi Ilyas
a.s., Mesaiah ialah Nabi Isa a.s. Maka siapakah Nabi yang disebutkan disitu
selain yang disebutkan. Dan ditambahkan lagi dengan bakal kedatangannya kelak.
Bagi penganut Kristian, mereka mengatakan Nabi yang lain itu ialah Holy Spirit.
Namun, apabila dinilai dari segi konteks perbualan ini, ia jelas menunjukkan
percanggahan bahawa ia secara pasti merupakan seorang manusia yang menyampaikan
risalah Tuhan kepada manusia. Ia samalah seperti pesuruh Allah yang lain,
Ibrahim, Musa, Daud, Yahya, Ilyas, dan Isa . Semoga Allah kasih kepada mereka semua.
Oleh yang demikian berdasarkan ayat Al – Quraan di atas , surah Al-Kahf; 18:110
maka jelaslah bahawa nabi Muhammad merupakan Nabi yang akan datang itu.
Bukti lain yang terdapat dalam NT dalam Gospel of John buku ke 16 ayat ke 7
hingga ke 15. Dalam versi LAI
7 Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih
berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu
tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia
kepadamu.8 Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran
dan penghakiman; 9 akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku; 10
akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi;
11 akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum. 12 Masih banyak hal yang harus Kukatakan
kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. 13 Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh
Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak
akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang
didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu
hal-hal yang akan datang. 14 Ia akan
memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterima-Nya dari
pada-Ku. 15 Segala sesuatu yang
Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan memberitakan
kepadamu apa yang diterima-Nya dari pada-Ku.''
Dalam ayat ini, ia bermaksud ketika Jesus atau Nabi Isa
a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa beliau akan dijemput oleh Tuhan atau
diangkat oleh Tuhan, manakala pemergian beliau akan diiringi oleh ‘Penghibur.’
Selain daripada itu, ayat ini juga bermaksud, umat Nabi Isa tidak menerima
ajakan dakwah yang beliau bawa. Tambahan pula Nabi Isa juga berkata bahawa Roh
Kebenaran yang akan datang di mana zaman ini, manusia belum mampu menerimanya.
Roh Kebenaran ini juga tidak akan berkata sesuka hati tetapi mendapat perintah
daripada Tuhan. Beliau juga akan memuji aku (Nabi Isa a.s).
Apabila diteliti ciri – ciri ini, terdapat kesamaan
dengan Nabi Muhammad S.A.W. Mengikut New International Version Bible (NIV)
perkataan Penghibur disebut sebagai ‘Paracletos’. Mengikut Dr. Danial,
perkataan paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu bahasa
asal bagi Gospel St. John, diambil daripada perkataan periclytos. Kamus
Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan perkataan ini berasal daripada
suku kata peri dan cleotis. Perkataan ini apabila digabungkan membawa maksud
‘Yang Terpuji’ Semua ini selari dengan nama Nabi Muhammad atau Ahmad. Selain
dari itu, ‘Roh Kebenaran’ atau (Spirit of Truth) dalam NIV boleh juga diertikan
kepada Nabi Muhammad kerana sifat sifat Al-Amin serta Sidiq yang sentiasa
menyampaikan kebenaran dan beliau tidak pernah menipu.
Dalam menghuraikan ayat ini, ilmuan Kristian mengatakan bahawa, ayat ini
biasanya merujuk kepada ‘Roh’ ataupon spirit. Manakala Roh ini akan dimasukkan
kepada siapa yang percaya kepada ketuhanan Jesus. Namun pandangan ini amat
bertentangan dengan Bible sendiri bahawa, Roh Suci sudah pon ada semasa Jesus.
Doktrin Kristian yang mempercayai Trinity atau Tritunggal ini sudah mempercayai
bahawa Jesus dan Roh Suci sudah pun sebati dalam diri. Namun Roh Kebenaran yang
disebutkan ini merupakan yang akan muncul dan mustahil kedua dua ini sama. Ayat
di atas juga menyebutkan bahawa, Roh Kebenaran ini akan datang dan ia belum
muncul lagi sewaktu Jesus, ini dikukuhkan lagi pada ayat ke 14, bahawa ia
berkata – kata seperti Jesus iaitu diwahyukan oleh Tuhan dan dia berkata bukan
atas kehendaknya tetapi atas perintah Tuhan. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa
Roh Kebenaran ini ialah Manusia bukannya Roh.
Kesimpulan
Setelah melihat bukti – bukti yang amat jelas ini, maka
amatlah mustahil sekiranya tidak terdapat langsung mengenai kerasulan Nabi
Muhammad S.A.W. Ini kerana tugas utama
para rasul ialah menyampaikan Tauhid(keesaan) Allah. Maka jelaslah pesanan
utama yang dibawa oleh para Rasul ialah menyembah Allah sebagai Tuhan yang Esa.
Selain daripada itu Rasul terakhir ini, merupakan penutup kepada Nabi – Nabi
yang membenarkan apa yang telah diajarkan oleh Nabi – Nabi terdahulu, serta
merungkaikan masalah yang dihadapi serta rahmat kepada seluruh alam. Allah
merakamkan dalam Al-Quraan, bahawa kaum Nasrani serta Yahudi amatlah mengenal
Nabi Muhammad ini sepertimana Buhaira (pendeta Yahudi) yang telah mengaku bahawa beliaulah utusan
terakhir itu.
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). Al Baqarah (2:146)
Rujukan
1 Song of Solomon Chapter 5, http://www.scripture4all.org/OnlineInterlinear/Hebrew_Index.htm
2 The Text of the New Testament: Its Transmission, Corruption, and
Restoration, Bruce M Metzger, Oxford Univ. Press, 1992
3 Dr Danial Zainal abidin, Bukti – Bukti Sains dan Sejarah kerasulan Nabi
Muhammad, 2011, PTS Millenia Sdn Bhd, Selangor Malaysia
4 Abdul Latip Talib (2010). Perang
Badar. Selangor: PTS Litera Utama. ISBN 9789833892921.
5 Holy Bible, New International
Version (NIV), Zondervan Grand Rapids, Michigan, USA , 1986
6 Lembaga Al- Kitab Indonesia (LAI), 1993
Assignment UHW6023