Pages

Rabu, 18 Februari 2009

Pandangan saya terhadap wanita Islam


Sebelum saya memulakan bicara, saya pasti para pembaca pasti berasa marah setelah membacanya kerana perkara yang benar pasti ada dugaan yang menimpa. Dalam al –quraan, Allah menyebut banyak ayat mengenai wanita. Contohnya al-ahzab(33:55), ali- imran (3:195) dan pelbagai lagi. Dalam surah al- Maidah ayat 3, “Pada hari ini aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan aku sempurnakan nikmat aku ke atas kamu dan aku reda Islam menjadi agamamu,” ,ini bermaksud apabila Allah menyempurnakan agama ini, umat islam tidak memerlukan agama lain, tidak ada perkara yang dihalalkan melainkan apa yang agama Islam halalkan dan tidak ada perkara yang haram melainkan yang diharamkan agama, tidak ada cara hidup lain melainkan yang berlandaskan syariat yang diturunkan Allah.

Dalam ayat lain Allah menyebut “ Wahai mereka yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut langkah – langkah syaitan. Syaitan adalah musuh yang nyata bagimu”, Al baqarah 2:208 ini menunjukkan kita wajib melaksanakan ajaran Islam secara keseluruhan disamping meninggalkan segala larangannya sedaya upaya dan tidak boleh mengambil secara serpihan

Saya tertarik dengan kisah seorang hamba Allah yang dahulunya seorang wanita Hindu yang masih belajar di sebuah universiti, iaitu kisah keIslaman beliau, pada mulanya beliau hanya ingin berchating menggunakan Internet hanya untuk meningkatkan keupayaan englishnya, tetapi setelah lama berhubung, topik seperti Islam menjadi tajuk perbincangan. Akhirnya setelah timbul satu kerungsingan yang tinggi akhirnya beliau memeluk Islam dengan rakan berhubungnya.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini, beliau yang hanya baru memeluk Islam dapat mengenakan pakaian mengikut apa yang digariskan oleh Al quraan. Apabila beliau memberikan ucapan, beliau seolah –olah hairan dengan wanita universiti terutamanya yang sudah lebih 20 tahun tidak memahami al – quraan, walaupun dia bersolat, bercakap mengenai agama dan pelbagai lagi.

Saya tidaklah menyuruh wanita agar menutup seluruh tubuh seperti yang dikenakan adat di Negara di sebelah timur, tetapi mengetahui serta mengamalkan seperti yang dikehendaki dalam Al Quraan dan sunah. Islam tidak menghalang berfesyen tetapi hendaklah memenuhi kehendak syarak. Dalam surah ( An-nur : ayat 31), dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya( auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya hingga ayat terakhir. Aurat wanita mengikut pandangan ahli fiqh iaitu semua tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Persoalan yang timbul ialah adakah pakaian yang ketat seperi seluar jean dan menutup kepala tetapi menampakkan perhiasan seperti rambut, belahan dada dan sendat dikatakan menutup aurat??? Dan berdasarkan ayat di atas juga ditujukan kepada wanita yang beriman. Adakah kita ini sudah beriman???? Dalam agama lain juga asalnya wajib menutup aurat, ini terbukti dalam bab Genesis 24:64-5. Untuk pengetahuan hijab dalam agama lain sila rujuk buku “Islam the Misunderstood Religion” karanagan Dr. Danial Zainal Abidin.

Saya tertarik dengan sebuah komentar diberikan oleh rakan-rakan iaitu,

Ustaz : "Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Perempuan seksi : " Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Ustaz : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

Perempuan seksi : "Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.."

Ustaz : "Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?"

Perempuan seksi : "Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz"

Ustaz : "Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?"

Perempuan seksi : " Erm, macam mana tu ustaz?"

Ustaz : "Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal.Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya.Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga"

Perempuan seksi : "Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

Ustaz : "Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan"

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?

Kesimpulannya, kita sebagai orang Islam janganlah mengambil Islam secara separuh-separuh iaitu memerlukan Islam apabila hendak kahwin, cerai dan kepentingan diri. Janganlah terlampau hipokrit seperti hanya memakai apabila terdapat upacara – upacara keagamaan. Islam bukanlah begitu. Ingatlah wahai kaum Adam janganlah engkau suka akan coretanku ini kerana teguran ini, tetapi ambillah iktibar kerana ia mungkin terjadi ke atas diri kita, anak- anak kita dan masyarakat kita.

Akhir kata……

Wahai kaum Hawa,

Janganlah kamu menjadi betina,

Janganlah kamu menjadi perempuan,

Tetapi jadilah wanita yang solehah



Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...