Pages

Isnin, 10 Oktober 2011

Pengalaman Hidup berjiran dgn 1 Malaysia

Kedengaran azan subuh di pagi hari, diri terasa malas dek keletihan yang tak tahu mana puncanya. Begitulah kehidupan yang biasanya dihadapi oleh setiap insan yang lemahnya iman. Dek kerana ganjaran serta perjuangan yang dinanti akhirnya bangun juga. Kebiasaannya bagi pelajar yang sudah digelar Mahasiswa yang tinggal dengan rakan sebaya biasanya akan dicorakkan oleh rakan seperjuangannya.

Semasa perjalanan sambil berjalan kaki, kelihatan sudah jiran - jiran yang lain menyalakan lampu serta pelita untuk beribadah kepada tuhan masing-masing. Selesai solat di Surau Al- Muttaqin, bas sekolah telah menjalankan aktiviti mengambil pelajar pelajar. Kalau berkesempatan, kelihatan jua auntie - auntie mula berjog di sekitar taman.  Namun apakan daya, selesai solat mata serta nafsu menjadi point utama sehingga jam 8.

"Barangsiapa shalat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah, oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu dari kalian sebagai imbalan jaminan-Nya, sehingga Allah menangkapnya dan menyungkurkannya ke dalam neraka jahannam. riwayat muslim

Allah jualah yang membelah cahaya subuh dan menjadikan malam untuk berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu . yang demikian itulah kuasa penentuan Allah yang MAha kuasa , lagi Maha mengetahui, 06:096

Rakan-rakan sebilik mula mengemas utk pergi ke tempat kerja, namun biasalah selalu daku yang paling akhir, kedengaran juga pada waktu yang sama , loceng - loceng menyeru kepada tuhan mereka. Kuucapkan syukur pada yang Maha Esa di atas nikmat yang tidak terhingga kerana memberikanku nikmat iman dan Islam. Teringat jua satu perkataan yang disebut oleh sahabat yang sudah dewasa memeluk Islam.,..
" Why GOD is so scarry"

Anjing apabila sudah bernyalak, bising menerjah kedesup telinga apabila ada orang yang mendekati rumah nya... Aduh bertambah pulak anjing yang berkeliaran di sekitar rumah, dek kerana tuannya yang malas meletakkan anjing dalam rumah. Masuk juga dalam perkarangan rumah kerana utk lindungi daripada hujan, nasib baik anjing nie slow motion dan tak berapa garang. Kalau tidak ...........kena cari dawai nie, nak tutup laluan anjing pulak......

Klw bahagian sound system kereta ....berdesung telinga, peliknya blh pulak diorang tahan
Begitulah biasanya apabila hidup berjiran dengan geng 1 Malaysia.

Jadilah Rasulallah sebagai petunjuk agar terbukanya hati dan menjadi pembuaka kepada orang lain menerima hidayah daripada Allah.

Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...