Pages

Rabu, 21 Mac 2012

Dakwah di antara realiti dan Fantasi



Ramai menyangka islam hanyalah rukun islam, hanya perlu solat, puasa, zakat dan haji. Sebenarnya Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, percakapan, masa yang digunakan, pergaulan, alat alat , cerita atau movie yang ditonton, masakan, beristinjak pendek kata menguruskan yang hidup dan yang akan mati, kerana di sinilah bermulanya titik tolak noktah bidayah sesebuah kehidupan sama ada ia diredhai oleh 'RAB' ataupon tidak.


Penulis ingin mengajak kita berfikir dan bertanya mengenai diri sendiri kerana persoalan ini sering timbul semasa otak tengah berserabut terutama setelah membaca sirah iaitu sekiranya saya atau anda hidup di zaman rasul allah, pasti saya akan mempunyai iman yang tinggi? Pendek kata menjadi golongan sahabat...Namun Allah menetapkan kita untuk hidup di zaman yang serba dengan ilmu dan pengetahuan ini. Dan pernahkah kita bertanya pada diri sendiri kenapa kita dilahirkan, kenapa keluarga kita macam nie, macam tuh dan pelbagai lagi. Maka jawapannya .Itu adalah hak Allah atau sunatullah, hak Nya kepada hambanya iaitu diri kita ini. Kita telah pon hidup dalam alam yang serba dengan kemewahan ini, sehinggakan kita lupa bahawa diri ini hanyalah untuk sementara.


Kalau kita memerhatikan dakwah di negara barat amatlah berbeza dengan realitinya di negara tercinta ini. Mungkin disebabkan Islam ini hanyalah diwarisi dan tidak dicari, maka penganutnya ini seperti seolah - olah mengamalkan Islam ini dengan hanya mengambil ini dan membuang ini. Penulis bukanlah seorang yang hebat atau ingin berbangga tetapi merasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran walaupun ia amat pahit. Bagi orang Islam seharusnya mengetahui bahawa semua ajaran islam ini wajib dipatuhi dan diamalkan dengan selayaknya. Dalam konteks negara ini, kita boleh berfikir dan bertanya kepada diri dan orang lain khasnya orang bukan muslim, apa yang kamu faham tentang Islam. Maka mungkin pelbagai pandangan serta jawapan yang positif dan negatif yang boleh saya simpulkan bahawa jawapan yang keluar rata -ratanya ialah hukuman, miskin terrorist dan moral yang rendah. Jadi sebagai Islam yang prihatin, di manakah silapnya. .? Kita hanya berfikir untuk mendirikan negara Islam , tetapi lupa untuk mengasimilisasikan perbuatan , didikan serta tarbiyah kepada masyarkat keliling.

Alhamdulillah , penulis berkesempatan melawat sebuah masjid yang tersergam indah di Kota Raya iaitu Masjid Putra, Putrajaya. Masjid yang besarnya setinggi 4 tingkat ini merupakan kebanggaan dan antara tempat yang menarik untuk destinasi perlancongan. Masjid yang mempunyai ukiran yang indah ini, dijadikan tempat untuk bergambar kenangan bahawa kita pernah menjejakkan kaki di rumah Allah ini. namun begitu seribu kali sayang, kita masih tidak mampu mendefinasi serta menerangkan apa itu Islam kepada pengunjung serta pelawat yang hadir. Dengan hanya mengharapkan kepada pegawai yang ada, yang belum tentu faham serta mampu menerangkan apa itu Islam yang sebenar, kita menuding jari kepada sesetengah pihak untuk menerangkan perkara tersebut, tapi Allah akan bertanya , Apa peranan kita sebenarnya sewaktu berada di situ.......?

Tanyalah iman anda,

credit to forum.vivanews.com

Ingin saya berkongsi ayat dalam Bible ini iaitu Mark 12:28-30

28 One of the teachers of the law came and heard them debating. Noticing that Jesus had given them a good answer, he asked him, “Of all the commandments, which is the most important?”
29 “The most important one,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord is one. 30 Love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your mind and with all your strength.

bukankah sama dengan mengucap dua kalimah syahadah


dan ketahuilah hakikat di Malaysia ini , hanyalah 0.1 % rakyat yang malaysia yang memeluk islam. Renungilah video ini dengan mata hati, bahawa kita hanyalah seorang hamba Allah yang menyerahkan diri seluruhnya di JalanNya.....


YA ALLAH TUNJUKILAH KEPADA KAMI JALAN YANG LURUS....

Ahad, 19 Februari 2012

Nabi Isa a.s. dalam Quran dan Bible part 1

Dengan nama Allah Tuhan yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani

Sebelum menuju kepada tajuk yang mendalam ini, mari kita renungi firman Allah taala ini

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
Al-An'aam (6:108)

Setelah kita mengetahui dasar ini, saya akan berkongsi pengalaman mengenai Bible dalam kitab John atau Yohanes dalam bahasa. Untuk pengetahuan orang nasrani men'claim' bahawa Injil sekarang iaitu 4 kitab pertama dalam New Testament iaitu Matthew,Mark,Luke, John. Secara mudahnya keempat buah kitab ini menceritakan cerita yang sama tetapi melalui periwayatan yang berbeza. Sebagai contohnya ia seperti sanad hadis, kerana umumnya pada sumber yang sama tetapi mempunyai perbezaan dalam sesetengah aspek. Secara umumnya Kitab Bible ini hanyalah seperti Buku cerita lama seperti Shakesphere dan seantero dengannya kerana ia bukanlah kenyataan Allah tetapi kenyataan daripada pihak ketiga. (p/s: agak pening jugak membaca buku ini. (^_^) tetapi untuk orang umum tidak digalakkan membaca takut difitnah dan perlulah berguru))

Al- Quraan menyatakan (3:59)
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.


Dalam Kitab John ini tidak dinyatakan permulaan kisah hidup nabi isa tetapi dimulakan dengan perjumpaan dengan John The Baptis ( Nabi Yahya) iaitu John membaptis Jesus berdekatan sungai.
Jesus rata-ratanya berdakwah di Galilee dan Jerusalem (Palestine) dan mempunyai 12 orang pengikut setia.
Dalam bab ketiga, ayat kedua
Rabi (guru) , kami tahu, bahwa Engkau datang sebagai guru yang diutus Allah; sebab tidak ada seorangpun yang dapat mengadakan tanda-tanda yang Engkau adakan itu, jika Allah tidak menyertainya. John (3:2)
dan ayat yang paling kontradig dan merupakan point yang penting dalam kristian iaitu
John 3:16 ayat ini saya sudah kupas dalam artikel yang lalu.

Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. (John 3:16)


Dalam bab keempat, kelima dan kesembilan Jesus mampu menyembuhkan orang yang tengah nazak dan lumpuh (sopak) dan telah mati. Ini menyebabkan paderi yahudi begitu marah kerana menyembuhkan pada hari sabath (sabtu).
Selain itu Jesus menyatakan
Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku. (John 5;30)


Sebab jikalau kamu percaya kepada Musa, tentu kamu akan percaya juga kepada-Ku, sebab ia telah menulis tentang Aku. 
(John 5:46)

5:47 Tetapi jikalau kamu tidak percaya akan apa yang ditulisnya, bagaimanakah kamu akan percaya akan apa yang Kukatakan.
(John 5:47)


Dalam bab keenam
Selepas itu, di antara mukjizat Jesus dalam Bible adalah membahagikan makanan kepada 5000 lelaki( dikatakan makanan ini datangnya dari syurga di mana mempunyai persamaan dalam Al-Quran dalam ayat di bawah dan mampu berjalan di atas air dan apabila pengikut melihat mukjizat itu mereka mengatakan

Dia ini adalah benar-benar nabi yang akan datang ke dalam dunia. (John 6:14)


Paderi Yahudi benar - benar marah terhadap Jesus dan belakulah dialog diantara paderi besar kerana mempertikaikan kerasulan Jesus

7:16 Jawab Yesus kepada mereka: "Ajaran-Ku tidak berasal dari diri-Ku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus Aku.
7: 19 Bukankah Musa yang telah memberikan hukum Taurat kepadamu? Namun tidak seorangpun di antara kamu yang melakukan hukum Taurat itu. Mengapa kamu berusaha membunuh Aku?"
8:16 dan jikalau Aku menghakimi, maka penghakiman-Ku itu benar, sebab Aku tidak seorang diri, tetapi Aku bersama dengan Dia yang mengutus Aku.
10:29 Bapa-Ku, yang memberikan mereka kepada-Ku, lebih besar dari pada siapapun, dan seorangpun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa.


Saya mengambil pendekatan mengambil point yang sama kerana dalam Islam kita juga mempercayai Jesus tetapi bukanlah sebagai Tuhan atau anak Tuhan tetapi sebagai Utusan Allah untuk menyampaikan risalah kepada umatnya
Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (al maidah ,5:46)


Al Maidah 110-115

[110]

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata”
[111]
Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): “Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!” Mereka menjawab: “Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)”
[112]
Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: “Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?” Nabi Isa menjawab: “Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman”.
[113]
Mereka berkata: “Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri”
[114]
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.
[115]
Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk”.


Mari kita renungi dialog di antara Allah dengan Jesus dalam ayat 116-118

[116]
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
[117]
“Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ‘ dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
[118]
“Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana


Dan Insyaallah saya akan kupas selebihnya penghabisan cerita diantara perbezaan di antara Islam dengan Kristian dalam artikel yang berikutnya kerana menyampaikan yang BENAR itu WAJIB........

Sumber
Bible Versi Indonesia
Al-Quraan Terjemahan Melayu



Isnin, 9 Januari 2012

Adakah Jesus Anak Tuhan






Syukur kepada Allah kerana masih lagi dipanjangkan nikmat yang tidak diperoleh oleh semua orang melainkan orang yang dipilih. Namun begitu, nikmat ini hendaklah disampaikan dek kerana Islam untuk semua, tidak hanya untuk sebuah bangsa sahaja. Itulah keunikan Islam berbanding agama lain seperti untuk kaum atau warna kulit tertentu. Tanpa memanjangkan kalam, topik yang agak berat ini iaitu adakah Isa (Jesus) adalah anak Tuhan (son of God) atau hanyalah pesuruh tuhan.

Secara asas kita ketahui terdapat perbezaan di antara Tuhan, Anak Tuhan atau yang dijelmakan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini kerana ketiga-tiga mempunyai sifat yang berbeza.
Untuk memudahkan pemahaman, Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Tuhan atau anak Tuhan dan ada setengah daripada mereka berpendapat bahawa Jesus ialah jelmaan tuhan dalam bentuk manusia.

Pada artikel yang lepas saya telah mengupas bahawa Tuhan tidak boleh bersifat lemah seperti yang didakwa dalam Old Testament. Amat lemahlah sifat Tuhan jika ia mempunyai sifat manusia dan kalau kita menggunakan logik akal Tuhan mesti mempunyai kuasa yang tiada tandingan dan jika ia mempunyai anak kita umum mengetahui kuasanya hendaklah dikongsi. Jadi persoalannya adakah Jesus itu anak Tuhan. Mari kita lihat dalam Holy Bible bukti yang menunjukkan adakah Jesus anak Tuhan ?

1. John 3: 16
For God so loved the world that he gave his one and only Son, that whoever believes in him shall not perish but have eternal life
*Dalam ayat ini menyatakan, oleh kerana Tuhan menyayangi dunia ini, Tuhan mengirimkan hanya seorang anak......(hingga akhir)

2. Jadi mari kita lihat pada ayat berikutnya,
1 Chronicle 22: 10-11

He is the one who will build a house for my Name. He will be my son, and I will be his father. And I will establish the throne of his kingdom over Israel forever. “Now, my son, the LORD be with you, and may you have success and build the house of the LORD your God, as he said you would.
*Ayat ini mengisahkan mengenai SOLOMON ( nabi Sulaiman) dan beliau turut dipanggil Son.

3. Psalms 2:7
I will proclaim the LORD’s decree: He said to me, “You are my son; today I have become your father
*Dalam ayat ini Tuhan bercakap dengan Moses ( Nabi Musa) dan masih penggunaan 'son' masih lagi digunakan dalam ayat ini

4. Mattew 5:9


Blessed are the peacemakers, for they will be called children of God

5. Acts 3:26

When God raised up his servant, he sent him first to you to bless you by turning each of you from your wicked ways.



*Kesimpulannya New Testament sendiri mengakui kata son digunakan bukan untuk 'anak tuhan' tetapi kepada siapa yang menyampaikan dakwah dan semua penyampai dakwah ini sudah pastinya ialah hamba tuhan.....Oleh itu saudara serta saudari, ikutilah jalan yang lurus iaitu tidak ada jalan yang lain lagi selain Islam iaitu berlandaskan Al-Quraan dan Al-sunnah Kerana ketahuilah bahawa Holy Bible bukanlah tulisan asal nabi Isa ataupon Musa... Tetapi hanyalah 'rojakan' daripada golongan penokok tambah dalam beragama sebagai contoh

John 21:25

Jesus did many other things as well. If every one of them were written down, I suppose that even the whole world would not have room for the books that would be written.

* Penggunaan ganti nama 'I' di atas mewakili pihak ketiga iaitu John- (Dalam sebuah kitab yang asalnya daripada Tuhan mestilah dijauhi daripada penokok tamabah kerana akan caca merba lah agama)




Akhir kalam renungi lah ayat ini.....

Al-Nisaa (4:171)
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).


Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...