Pages

Rabu, 28 Oktober 2009

Kota yang Ingin "Aku Lawat"


Sudah lama saya tidak menambah info mengenai blog ini...
sekarang, mari kita mengkaji secara ilmiah oleh pakar geolologi mengenai sesebuah tempat...
Sebelum itu mari kita lihat gambar dari movie transformrers 2Revenge of The Fallen..
Apakah yang anda perhatikan? Adakah bangunan yang terpahat itu merupakan perbuatan makhluk asing?UFO? Tidak sama sekali....
Ia merupakan asalnya daripada sebuah tamadun yang telah dilaknat oleh Allah atas perbuatan yang merosakkan dan kemaksiatan yang dilakukan kepada Allah..
Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata. "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih." Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan. al A'Araf ayat 73-74.
kaum Tsamud adalah kaum yang diutuskan kepada Nabi Salleh. Mereka ingkar atas ajaran Nabi Salleh dan menyembelih unta betina itu yang merupakan mukjizat nabi salleh. lalu bala Allah menimpa mereka
'Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur di waktu pagi, Al- Hijr .83..
dalam ayat yang lain Allah juga mengirim azab
"Dan adapun kaum Tsamud maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) dari petunjuk itu, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan,( Fussilat 17).Demikian dahsyatnya bencana yang Allah timpakan sehingga tiada seorang pun yang berbaki. Ini dibuktikan oleh ayat Allah ,dan kaum Tsamud. Maka tidak seorang pun yang ditinggalkan-Nya (hidup). Namun begitu, walaupun tidak ada seorang pun yang dibiarkan hidup disebabkan bala Allah seperti petir, bangunan hasil kerja kaum Tsamud dibiarkan utuh oleh-Nya. Maksudnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memberikan pengajaran kepada umat selepasnya...
P/s jangan hanya melihat cerita sahaja tetapi ambillah pengajaran serta amalkanlah dalam kehidupan harian.... sumber majalah I 84

Selasa, 6 Oktober 2009

LYRICS FOR WINDOWS MEDIA PLAYER

  • INSTALL THIS SOFTWARE.
  • OPEN WINDOWS MEDIA PLAYER
  • CLICK AT NOW PLAYING
  • PLUG-INS
  • LYRICS PLUG-INS
  • THIS LYRICS ARE FIND FROM INTERNET
  • IT CAN AUTOMATICALLY FOUND THE LYRICS
  • OTHERWISE USING ADDING MANUALLY
  • lyricsplugin03.exe DOWNLOAD IT FIRST

Ahad, 4 Oktober 2009

SAMI YUSUF NASYEED



02 Without You.mp3
02 Without You.mp3
05 He Is There.mp3
06 Sallou.mp3
07 A Thousand Times.mp3
09 Anything For You.mp3
10 Salutation.mp3
11 Not In My Name.mp3
asma-videoversion.mp3
ForeverPalestine-SamiYusuf.mp3
YouCameToMe(English).mp3
YouCameToMe(English-Arabic).mp3



LORD OF THE WORLD - movie

Sebuah Dokumentari yg baru mengenai Allah Tuhan Sekalian Alam..
Perbandingan ketuhanan mengikut AL- QuraanSesuai ditonton pd bila2 masa .. Sila gunakan WIN RAR untuk extract file tersebut.....
TOLONG SEbaRKAn.. INsya ALLAh akan mendapat ganjaran daripada ALLAH
~SELAMAT MENONTON~
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4

Rabu, 9 September 2009

Soalan Thermo Latihan

A steam power plant operates on an ideal regenerative Rankine cycle with two (2) open-type feedwater heaters. Steam enters the turbine at pressure of 10 MPa and temperature of 600°C. The steam leaving the turbine is routed to a condenser operating at a pressure of 5 kPa. Small amount of steams are extracted from the turbine at pressures of 0.6 and 0.2 MPa respectively, and are routed to the feedwater heaters for regeneration
processes. Water leaves both feedwater heaters as saturated liquid. The mass flow rate of steam flowing through the boiler is 22 kg/s. The work input to all feedwater pumps can be neglected and all expansion processes are assumed isentropic. Show the cycle on a temperature-entropy (T-s) diagram and determine,
i) the mass fractions of steam extracted from the turbine,
ii) the net power output of the power plant, MW and,
iii) the thermal efficiency of the cycle, %.

Selasa, 8 September 2009

Siapa Lebih Hebat? AKU AWAK ATAU KAMU


GAMBAR INI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DI ANTARA HIDUP DAN MATI

"Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput di pejabat presiden,"kata lelaki pertama.
"Ah, itu tidak hebat. Kalau aku dijemput ke pejabat presiden dan presiden berjabat tangan denganku," kata lelaki kedua.
"Itu pun tidak hebat. Bukan sahaja presiden berjabat tangan denganku tetapi berbual denganku,"kata lelaki ketiga
"Aku rasa ini pun tak hebat,"kata lelaki ke empat.
"Apa yang lebih hebat ?"
"Aku ke pejabat presiden dan ketika itu presiden sedang bercakap di telefon. Melihat aku datang, tuan presiden serta merta meletakkan telefon untuk meraikanku.
"Hebat..." ujar mereka hampir mendesak
Namun AKU masih diam. Selamba.
"Bagaimana dengan kamu?" mereka bertanya
"AKU datang ke pejabat presiden. Dan telefon di mejanya berdering.....
Tuan Presiden mengangkatny, lalu berkata kepada ku,
"Panggilan telefon ini untuk kamu!!!"perlahan tetapi jelas..
HAHAAHAH ... kau memang betul betul hebat..kata mereka berlima
P/s
Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi. Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan "orang besar" yang mereka kenali. Oleh sebab itu, mereka tidak perlu membodek sesama manusia. Sebaliknya mereka merasa merdeka untuk bersuara tanpa dibelenggu oleh takut atau inferiority complexs
Solusi isu no. 11

Selasa, 1 September 2009

Masalah Bagaimana ingin membuang AntiVirus

Masalah bagaimana ingin memasukkan anti Virus yang baru sedangkan saya sudah membuang AntiVirus yang lama sedangkan saya telah membuang secara penuh???


1. Ini berlaku kerana sesetengah anti Virus hendaklah membuang sesetengah komponen dalam windows.
2. Contohnya ingin masukkan KASPERSKY, segala jenis anti Virus hendaklah dibuang terlebih dahulu.
3. Ini berlaku contohmya sebelum ini menggunakan, AVAST ataupun AVG
LANGKAH :
1. sila klik Run
2. type 'regedit'
3. klik edit
4. Find...(ctrl F)
5. setelah type antivirus yang lama
6. Search
7. Delete mana - mana yang berkaitan dengan nama yang ditaip
8. tekan button F3
9. Ulang perbuatan sebelum ini iaitu 7 dan 8

Orbit Downloader


SOFTWARE DOWNLOADER
1. I suggest to use this software orbit downloader.
2. this software good for taking some movie, like youtube, dailymotion, vidiac and etc.
it also can grab some flash games,
3. some software that other downloader also can be download.
4. how to use this :
install it for suggestion using mozilla fire fox version2
5. click tools and open grab
6. make sure you open the software first before using internet browser.
7. than grab the files.
8. you can also closed the browser application.
9. For some item you also can start after shutting down the computer.
10. Use this link to download it.
11. If you want a new one, update it or using orbit official web site

FORMAT KOMPUTER MENGGUNAKAN WINDOWS XP PART 1



Punca Kenapa perlu format komputer

1. Komputer itu terlampau perlahan sama ada loading atau pemprosesan

2. Berasa bosan dengan kelembapan yg timbul

3. Ingin membuang virus secara menyeluruh

4. Sistem corrupt

5. Blue Screen

6. Serta pelbagai lagi seperti driver hilang.

Sebelum memulakan proses ini, saya ingin tegaskan bahawa sebarang kerosakan yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri dan pihak saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala masalah hardware yang mungkin berlaku. Dan proses pembelajaran ini boleh berjalan sekiranya adanya kemahuan dan kehendak kerana ingin menghabiskan wang yang begitu banyak, dan andaikata ia berjalan dengan sempurna, segala puji bagi tuhan kerana memberikan anugerah ini kepada saya dan untuk diperkembangkan.

Langkah

1. Kenalpasti patrician yang mana yang kita ingin formatkan iaitu sama ada c/d

2. Pastikan anda sudah membuat satu backup mengenai data yang penting dan memasukkannya ke particion yang lain. Langkah ini mungkin sekiranya diguinakan segala virus yang terdapat di c akan berpindah ke particion yang lain. Langkah ini kurang efektif, namun ia masih boleh digunakan

3. Sila pastikan anda mempunyai driver komputer sama ada driver notebook, printer, router handset dan sebagainya. Ini dapat mempercepatkan kerja anda.

4. Jikalau tidak ada, tidak menjadi masalah, anda boleh menggunakan internet untuk mencarinya, Namun langkah ini tidak praktikal kerana memerlukan kepakaran serta memerlukan kebolehan untuk menggunakan laman sawang.

5. Adalah lebih baik sekiranya anda membackup driver itu sendiri dengan menggunakan Software seperti Driver Magician Lite.

Rabu, 26 Ogos 2009

Sistem Perisikan Dunia & Dajal mengikut Pandangan Sains

Berdasarkan hadis oleh Fatimah binti Qais, Nabi Muhammad pada suatu hari selepas melaksanakan solat jemaah menaiki mimbar khutbah dan kemudian berkata, “sahabatmu Tamim ad-Dari yang dahulunya menganut Kristian dan sekarang menganut Islam, menceritakan kepadaku mengenai Dajal. Beliau bersama – sama dengan rakan-rakannya belayar di laut dan kapal mereka hanyut selama lebih kurang sebulan sebelum terbabas di sebua pulau. Di pulau itu, mereka bertemu dengan makhluk yang amat hodoh, badannya dipenuhi bulu. Mereka bertanya kepada makhluk itu “Siapa kamu ?” lalu menjawab “ Aku adalah pengintip atau SPY… sehingga habis . (hadis riwayat MUSLIM)

Antara jentera perisikan dunia yang memporak perandakan dunia ialah CIA, MOSSAD dan KGB. Mengikut beberapa sumber seperti The Intelligence Community In the 21st Centuary dan dibentangkan pada 1996 oleh The Permanent Select Committee on Intelligence, CIA sering kali melanggar undang- undang sama ada dalam ataupun luar. Di laporkan sebnyak 100000kali mereka bertindak di luar batasan dan mereka sanggup membunuh bagi mencapai matlamat mereka. . Akhbar utusan, 26 ogos 2009 baru – baru ini turut mendedahkan keburukan anggota CIA , iaitu paksaan yang dikenakan kepada tahanan Islam selepas peristiwa 11 sept.Mengikut sebuah buku karangan Rodney Stich, pihak CIA membunuh presiden Vietnam Selatan dan merancang menaikkan pemimpin pemimpin boneka di Negara tertentu.

Selain itu, agensi perisikan Israel Mossad juga bertindak demikian dan mengikut akhbar The Washington Times, 1 kajian oleh Army School for Advanced Military Studies merumuskan Mossad adalah satu agensi yang liar, kejam dan pintar. Ia mampu menyerang sasaran – sasaran tertentu dan menampakkan perbuatan itu seolah – olah perbuatan orang Arab(10 september 2001). Anehnya sehari selepas itu terjadilah kejadian 11 SEPT. Tambahan pula bekas pegawai Mosad, Victor Ostrosky dan Claire Hoy, pernah menulis buku yang menceritakan aktiviti jahat termasuk perancangan memburukan nama LIBYA dan Saddam Hussin

sumber : Minda muslim Super Dr danial ZAinal Abidin

Ahad, 16 Ogos 2009

Jumaat, 27 Mac 2009

Luasnya rahmat keampunan Allah

Terima kasih diucapkan kepada rakan – rakan yang sudi membaca ruangan ini, dalam artikel yang lalu, saya menerima pelbagai teguran dan input yang bertambah. Saya memohon maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar dalam teguran tersebut. Namun begitu, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan sebabnya. Di dalam memberi teguran sudah pasti terdapat adab yang harus dipatuhi oleh pemberi. Sebagai umat Islam kita wajib menjaga tepi kain orang. Yang bermaksud menjaga tepi kain orang ini seperti makan ,minum, pergaulan serta pelbagai lagi. Tetapi janganlah mendedahkan serta memalukan di khalayak ramai. Berdasarkan hadis yang masyhur yang sering kita dengar iaitu lebih kurang begini bunyinya kalau kemampuan tegurlah kemaksiatan dengan tangan, jikalau tidak mampu gunakanlah perkataandan jikalau tidak mampu bencikanlah dengan hati, itu merupakan selemah – lemah iman.
Dalam surah ali – Imran ayat 104 “dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari orang yang mungkar. Dan mereka itulah mereka yang beruntung.”
Kepada para pembaca janganlah mengambil sikap mengasingkan diri serta memutuskan persaudaraan hanya kerana beberapa teguran terutama teguran itu benar serta ia memfaktorkan kepada kebenaran.*mengikut pandangan yang lain orang yang memutuskan persaudaraan iaitu tanpa persapaan serta marah dengan niat melebihi 3 hari akan menghalang keredhaan Allah kepada orang tersebut (sila betulkan jika salah pandangan ini).
Umat Islam itu adalah saudara, mahukah kalian memakan daging saudara sendiri kerana memburukkan sahabat sendiri. Oleh itu sifat pengampun haruslah bersemai dalam hati untuk mengelakkan pertelingkahan.
Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Dalam hadis kudsi Allah berfirman:
“Wahai anak –anak adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku idak peduli. Wahai anak –anak adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau memohon keampunan kepad-Ku, Aku ampunkan enkau, aku tidak peduli. Wahai anak – anak adam, engkau jika datang kepadaku dengan dosa yang hamper memenuhi bumi, namun engkau menemuiku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya Aku dating kepadamu dengan penuh keampunan.”
( Riwayat at – Tirmizi, dinilai hasan oleh al – Albani)
Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, kita disuruh agar memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa daripada rahmatnya.Sekian.

Rabu, 18 Februari 2009

Pandangan saya terhadap wanita Islam


Sebelum saya memulakan bicara, saya pasti para pembaca pasti berasa marah setelah membacanya kerana perkara yang benar pasti ada dugaan yang menimpa. Dalam al –quraan, Allah menyebut banyak ayat mengenai wanita. Contohnya al-ahzab(33:55), ali- imran (3:195) dan pelbagai lagi. Dalam surah al- Maidah ayat 3, “Pada hari ini aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan aku sempurnakan nikmat aku ke atas kamu dan aku reda Islam menjadi agamamu,” ,ini bermaksud apabila Allah menyempurnakan agama ini, umat islam tidak memerlukan agama lain, tidak ada perkara yang dihalalkan melainkan apa yang agama Islam halalkan dan tidak ada perkara yang haram melainkan yang diharamkan agama, tidak ada cara hidup lain melainkan yang berlandaskan syariat yang diturunkan Allah.

Dalam ayat lain Allah menyebut “ Wahai mereka yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut langkah – langkah syaitan. Syaitan adalah musuh yang nyata bagimu”, Al baqarah 2:208 ini menunjukkan kita wajib melaksanakan ajaran Islam secara keseluruhan disamping meninggalkan segala larangannya sedaya upaya dan tidak boleh mengambil secara serpihan

Saya tertarik dengan kisah seorang hamba Allah yang dahulunya seorang wanita Hindu yang masih belajar di sebuah universiti, iaitu kisah keIslaman beliau, pada mulanya beliau hanya ingin berchating menggunakan Internet hanya untuk meningkatkan keupayaan englishnya, tetapi setelah lama berhubung, topik seperti Islam menjadi tajuk perbincangan. Akhirnya setelah timbul satu kerungsingan yang tinggi akhirnya beliau memeluk Islam dengan rakan berhubungnya.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini, beliau yang hanya baru memeluk Islam dapat mengenakan pakaian mengikut apa yang digariskan oleh Al quraan. Apabila beliau memberikan ucapan, beliau seolah –olah hairan dengan wanita universiti terutamanya yang sudah lebih 20 tahun tidak memahami al – quraan, walaupun dia bersolat, bercakap mengenai agama dan pelbagai lagi.

Saya tidaklah menyuruh wanita agar menutup seluruh tubuh seperti yang dikenakan adat di Negara di sebelah timur, tetapi mengetahui serta mengamalkan seperti yang dikehendaki dalam Al Quraan dan sunah. Islam tidak menghalang berfesyen tetapi hendaklah memenuhi kehendak syarak. Dalam surah ( An-nur : ayat 31), dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya( auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya hingga ayat terakhir. Aurat wanita mengikut pandangan ahli fiqh iaitu semua tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Persoalan yang timbul ialah adakah pakaian yang ketat seperi seluar jean dan menutup kepala tetapi menampakkan perhiasan seperti rambut, belahan dada dan sendat dikatakan menutup aurat??? Dan berdasarkan ayat di atas juga ditujukan kepada wanita yang beriman. Adakah kita ini sudah beriman???? Dalam agama lain juga asalnya wajib menutup aurat, ini terbukti dalam bab Genesis 24:64-5. Untuk pengetahuan hijab dalam agama lain sila rujuk buku “Islam the Misunderstood Religion” karanagan Dr. Danial Zainal Abidin.

Saya tertarik dengan sebuah komentar diberikan oleh rakan-rakan iaitu,

Ustaz : "Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Perempuan seksi : " Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Ustaz : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

Perempuan seksi : "Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.."

Ustaz : "Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?"

Perempuan seksi : "Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz"

Ustaz : "Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?"

Perempuan seksi : " Erm, macam mana tu ustaz?"

Ustaz : "Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal.Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya.Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga"

Perempuan seksi : "Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

Ustaz : "Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan"

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?

Kesimpulannya, kita sebagai orang Islam janganlah mengambil Islam secara separuh-separuh iaitu memerlukan Islam apabila hendak kahwin, cerai dan kepentingan diri. Janganlah terlampau hipokrit seperti hanya memakai apabila terdapat upacara – upacara keagamaan. Islam bukanlah begitu. Ingatlah wahai kaum Adam janganlah engkau suka akan coretanku ini kerana teguran ini, tetapi ambillah iktibar kerana ia mungkin terjadi ke atas diri kita, anak- anak kita dan masyarakat kita.

Akhir kata……

Wahai kaum Hawa,

Janganlah kamu menjadi betina,

Janganlah kamu menjadi perempuan,

Tetapi jadilah wanita yang solehah



Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...