Alhamdulillah.....Entri kali ini saya ingin berkongsi cerita penting yang menjadi bualan harian sama ada di antara wanita islam ataupon bukan islam.
Sebelum saya melangkah dengan lebih mendalam, perlu di ingat dalam Islam panduan hidup yang telah diberikan daripada Pencipta kepada yang diciptakan iaitu buku panduan Islam iaitu Al-Quraan.
1. Dalam surah Al-Nur ayat 31,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
2. Setiap agama mempunyai adab atau etika di dalam melakukan perintah tuhan. Dalam Islam, ciri ciri- atau etika yang perlu ada dalam menutup aurat terbahagi kepada 6:
Labuh
Tidak menunjukkan sama ada pada bahagian depan ataupon belakang seperti Jean yang ketat
Tidak bersifat lutsinar/transparent . Legap digalakkan
Tidak menyerupai jantina yang lain
Tidak menyamai pakaian agama lain seperti rahib atau sami
Menjaga pandangan mata
3. Sebagai contoh, dalam satu keluarga ini ada 2 orang adik beradik kembar seiras, muka serta posture badan adalah sama; Pada satu hari adiknya memakai pakaian yang ala-ala muslimah dan seorang lagi kakaknya memakai pakaian yang seksa lagi menyakitkan nafsu apabila memerhatinya.
Mereka berjalan seiring dan melalui lorong yang gelap. dalam perjalanan itu mereka terserempak dengan lelaki yang bersifat kehaiwanan. Pada anggaran anda yang mana dahulukah yang dipilihnya..???? anda tentukan
4. Cuba anda perhatikan di Malaysia dan renungi
5. Wanita mangsa kepada zaman modernization. Di akhir - akhir ini kita boleh lihat wanita sebagai lambang melempiaskan nafsu dan apa yang di impikan dalam kehidupan ini ialah untuk menjadi Cantik. Maka lahirlah perbandingan untuk mencantikkan diri dengan menarik atau menyindirkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. Maka keluarlah perkataan seperti, Kolot, tidak ikut trend dan lain- lain yang sama waktu dengannya. Mari kita sama-sama merenung 20 atau 30 tahun lalu, di kala sama ada Melayu India dan Cina, apakah pakaian mereka pada waktu itu.. Cuba tanya pada ayah atau emak anda. Adakah pakaian mereka seperti Bolywood sekarang atau pelakon Hong Kong???? Sehinggakan ada dikalangan India yang mengatakan apabila anda sentuh anak perempuan dan terus anda dipaksa untu berkahwin. Dan perkara ini masaih lagi berlaku di Afghanistan dan Pakistan. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada golongan bukan Islam, bahkan majoriti orang Islam sekarang. LOST oF DignitY and Proud
Gambar Hiasan
6. Apabila kita kehilangan contoh, sudah pasti kita ingin mencari atau membuat sesuatu yang baru. Tetapi perhatikanlah kepada orang-orang yang hebat dalam agama anda, sebagai contoh jika anda seorang Islam, perhatikanlah contoh yang terbaik dalam Islam.iaitu seperti yang termaktub seperti ayat sebelum ini.
Bagi Krisrtian, cuba anda perhatikan MarY,
Dan Bagi Cina, cuba anda lihat lady Guan yin
7. Kesimpulannya, Islam merupakan agama yang berpandukan kepada Al-Quraan dan Sunah, setiap perkara yang telah termaktub atau tealah diturunkan pasti mempunyai hikmah, janganlah kita berasa ego, kerana ego kita pasti akan ditewaskan setelah kebenaran terbukti. Janganlah kita jadi golongan yang memperoleh kerugian setelah hari yang tidak akan berguna harta benda dan anak pinak...
Saya menulis artikel ini kerana ingin menyampai serta berkongsi dengan orang yang saya sayangi....t Jika namamu yg tertulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa Cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita...Tugas pertamaku bukan mencari dirimu, tetapi menSolehkan diriku...Sukar untuk mencari Solehah dirimu, andai Solehku x setanding dgn keSolehahanmu...Janji ALLAH itu pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yg baek adalah untuk Wanita yg baek' "...♥ ^__^
Pengisian Dalam Blog ini biasanya adalah berdasarkan pengalaman Penulis, sebarang data adalah tidak personal melainkan diberitahu.... Sampaikanlah Ilmu kerana kelak akan memperoleh kebaikan......