Pages

Khamis, 25 Mac 2010

Dimanakah letaknya Cintamu dalam kehidupanku

Segala puji bagi Engkau Tuhan Seluruh Alam kerana telah membenarkan hamba MU ini menghabiskan bacaan buku HAMBA MU yang Tercinta MUHAMMAD s.a.w. Tulisan MUHAMMAD HUSAIN HAIKAL menjadi sumber daku untuk menghabiskan beberapa malam sepanjang semester ini. Terima Kasih kuucapkan kepada sahabatku SYAZWAN kerana membenarkan saya menelaah buku ini.

Kisahnya bermula sejak sebelum kelahiran beliau, iaitu zaman jahiliah kaum Quraisy sehinggalah detik pemergian beliau di atas riba isteri tercintanya Saidatina Aisyah. Mengikut bebarapa buku terpengaruh zaman moden, The 100 Ranking of the most influential person in history, nukilan Michael H. Heart , Muhammad S.A.W merupakan orang pertama yang paling berpengaruh di dunia. Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang spiritual(agama Islam) tetapi malah POLITIK dan pengaruhnya tetap kekal dan masih berkembang sehingga sekarang. Setelah beberapa kajian dibuat terdapat juga ayat berkaitan MUHAMMAD dalam beberapa kitab utama agama seperti dalam BIBLE , Veda dan Purana dan dalam kitab agama Budha *sila rujuk Minda Muslim Super, Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Publication
Dalam Haji Akbar, Rasulullah menyampaikan amanatnya yang berbunyi...

  • Barangsiapa telah diserahi amanat, tunaikanlah amanat itu kepada yang berhak
  • Allah telah menentukan bahawa tidak boleh lagi ada riba
  • Nafsu setan yang meminta disembah itu telah minta disembah, telah putus buat selama-lamanya.Tetapi kalau kamu turutkan dia pada walaupun hal yang dianggap kecil nescaya akan senanglah ia,
  • Sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isterimu, isterimu juga mempunyai hak keatas kamu. Kamu mengambil mereka sebagai amanat daripada Tuhan, dan kehormatan mereka dihalalkan kamu atas nama Tuhan oleh itu berlaku baiklah kepada mereka, kerana mereka itu juga kawan - kawan yang membantu kamu sewaktu susah dan senang.
  • Kamu tidak akan SESAT , sekiranya berpegang teguh kepada KITABULLAH & SUNAHKU
  • Apabila tiba waktunya nanti pasti kamu sekalian akan mengahadap RABBULJALLIL dan waktu itu kamu pasti akan diminta pertanggungjawaban atas segala perbuatan semasa hidup di alam yang FANA ini..
Wahai sahabatku sekalian, sekarang ini nabi sudah lama meninggalkan kita dan mengharapkan kita menjadi umat yang terbaik. Cinta seorang pendai, pendakwah, bapa, pemimpin negara haruslah dibalas.. Mampukah kita membalas dengan cinta beliau di akhir zaman ini??
Semoga Allah Merahmati Nabi kita serta diri kita..AMIN
Terimalah dan Balaslah






Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...