Pages

Rabu, 26 Januari 2011

Cuti hujung minggu...


Segala puji dan syukur di panjangkan kepada Tuhan Empunya Dunia, kerana memberi peluang untuk memanjangkan kehidupan yang amat bermakna ini. Ucapan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang mengajak mengikuti program yang amat bermakna ini. Alhamdulillah pada 14/1/2011, satu program telah dijalankan oleh sahabat-sahabat HALUAN dengan kerjasama HALUAN SISWA dan HALUAN MALAYSIA bertempat di Tiram Indah Village iaitu Kem Identiti Muslim. Program ini melibatkan majoriti ialah mahasiswa UTM dan KPM (Kolej Professional Mara). Program yang mementingkan ukhwah serta usrah ini sememangnya menjadi pemangkin kepada kebangkitan pemuda untuk mendaulatkan ISlam sebagai Al-Din dalam kehidupan. Di antara intipati yg dapat diambil pengajaran amatlah panjang, seperti membina baitul muslim, usrah muntijah, hakikat dunia serta pelbagai lagi..Semoga ukhwah kita berkekalan..


Tidak melepaskan peluang, pelajar muslim 4 smp membuat program berkelah semperna menghabiskan wang disebabkan kerugian semasa pesta konvo yang lepas...

Program 2 hari 1 malam, memberi pengalaman yang bermakna iaitu antaranya bola tampar pantai, memasak BBQ, berenang dalam kolam serta aktiviti sampingan untuk meningkatkan ukwah bersama kelas..

Kumpulan hijau akhirnya memenangi pertandingan tarik tali dan tempat kedua dalam bola tampar pantai..; Dari sudut penginapan, amatlah bersyukur kerana boleh memuatkan 8 orang 1 bilik, walaupun tidur seperti cacing serta kedengkuran kedengaran tanpa disedari.
*Sudah menjadi realiti dunia sekarang bahawa hiburan memainkan peranan yang penting dalam membentuk jiwa seseorang, budaya hedonisme yang menular ini amatlah berat untuk diubah dan tambahan remaja sekarang yang mengambil enteng amalan ini sentiasa meninggi-ninggikan amalan ini. Syariatnya untuk berhibur bukannya dihalang tetapi hendaklah berlandaskan al-quraan dan sunah.
Amatlah malang jika kita sebagai mahasiswa belum mengerti erti tempat awam. Tidakkah kalian berasa malu kepada masyarakat sekeliling dengan mendendangkan lagu sehingga lewat malam dengan menggunakan PA system sekaligus mengganggu orang lain ingin beribadah seperti tidur. Akhirnya solat subuh tergadai, disebabkan perkara tersebut. Wahai saudara serta saudari, ketahuilah bahawa kehidupan yang meninggikan hiburan amatlah memberi kesan kepada hati-hati ini untuk meringankan pengabdiaan diri kepada Tuhan yang Maha Pengampun ini.

Maafkanlah penulis ini, sekiranya terkasar bahasa kerana mengur secara detailed ini.
Kita juga sering mendengar nabi bersabda, apabila melihat perkara maksiat, tegurlah dengan perbuatan jika mampu, lisan dan selemah -lemah iman bencikanlah dengan hatimu..

Selasa, 11 Januari 2011

Live is too short to be little

Segala Puji bagi Tuhan Yang Maha Mengerti serta Memahami hati budi setiap insan sama ada yang Beriman dengan Nya atau MelupaiNya.

Alhamdulillah terdetik dalam minda ini untuk kembali melakar perjalanan yang pendek ini setelah hampir setahun ku mencari 'identiti' yang telah lama terkubur dalm benak sanubari yang pekat.

Dalam meneruskan kehidupan ini, saya ingin membawa kepada satu analogi mudah bahawa kehidupan kita ini ibarat satu garisan yang panjang sehingga infiniti. Mari kita selami sambil membuat garisan yang panjang, pembahagian pertama selama 9 bulan iaitu begitu pendek sekali, namun alhamdulillah sekarang sudah dipanjangkan Umur ke 23 tahun, namun tidaklah begitu panjang. Andaikata Allah menjemput kita pada keesokan harinya adakah garisan itu akan terhenti di situ???

Sudah semestinya perjalanan yang lebih panjang dan Kekal abadi akan ditempuh kelak..
Kehidupan yang infiniti akan menyusul sedikit demi sedikit sepertimana bertambahnya umur seseorang. Oleh itu, adakah sanggup untuk mengambil kebahagiaan yang lebih dalam alam yang Fana ini, atau sebaliknya. Fikir- fikirkanlah..

Saya ingin mengajak untuk menghayati sepotong ayat daripada surah Al Luqman;33 ,
Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan) memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.



Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...