Pages

Jumaat, 30 Disember 2011

Is Jesus a Real God ??

Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Dalam topik kali ini saya ingin menyambung entri yang lalu iaitu menggunakan Holy Bible sebagai alat tetapi bukan matlamat.

Dalam surah Al Anaam(6:108)
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Secara dasarnya pendekatan yang digunakan dalam Islam ialah dengan cara yang berhikmah iaitu tidak mencela agama atau sembahan orang lain kerana takut golongan itu akan mencerca Allah dengan tidak mengetahui apa yang dikatakan itu.

Dalam Islam kita mempercayai injil dan taurat. Tetapi kita hendaklah ketahui bahawa Holy Bible bukanlah kitab injil dan taurat; Erti kata lain sebahagian daripada kitab injil dan taurat itu ada dalam Holy Bible. Oleh itu ia pasti terdapat cacat cela iaitu akan ada berlainan pandangan dalam sesebuah kitab tersebut.

Sebelum memasuki topik ini, beberapa persoalan akan timbul terutamanya apabila memasuki bab yang penting ini, kerana ia akan menggugat 'aqidah Kristian' pada dasarnya tetapi kita sebagai umat yang prihatin jika didapati mereka benar kita yang akan tergugat. Hakikatnya kebenaran hanya Allah yang tahu, tetapi kita sebagai insan harus mengkaji serta menjustifikasikan dengan benar tindakan kita ini.

Untuk mudah bicara saya menggunakan Bible dari King James Version dan boleh didapati dalam
www.biblegateway.com

1. John 14:28

Ye have heard how I said unto you, `I go away and come again unto you.' If ye loved Me, ye would rejoice because I said, `I go unto the Father,' for My Father is greater than I.
- untuk mudah bicara kita umum mengetahui Jesus dilahirkan tanpa bapa. Dan secara analoginya kata Bapa di atas bermaksud Lord (tuhan ) dan dalam ayat tersebut ia memberitahu Tuhan itu lebih hebat berbanding saya.

2. John 10:29

My Father, who gave them to Me, is greater than all; and no man is able to pluck them out of My Father's hand.
- (Tuhan ini lebih hebat daripada semua)
Setelah mendengar alasan ini, Kristian selalunya akan berkata, kita percaya dengan 3 tuhan. (TRINITY)
Setelah mendengar hujah tersebut kita mengetahui bahawa jika terdapat 3 Tuhan kita akan dapati Father akan berada di kedudukan Pertama. Namun begitu mari kita tengok siapa yang dikatakan 'Tuhan Kedua' (^_^)

3. John 5:30

I can of Mine own self do nothing. As I hear, I judge; and My judgment is just, because I seek not Mine own will, but the will of the Father who hath sent Me
- Saya memang tidak dapat membuat apa, kerana semuanya berdasarkan apa yang Tuhan suruh lakukan.
Dengan kata lain Jesus hanyalah seorang penyampai iaitu Messenger.
Jadi kita sudah pon mengetahui bahawa tidak ada Tuhan Kedua.....Apabila Tuhan Kedua tidak ada dan kebarangkalian Tuhan ketiga ialah (^_^)

Dalam Islam (Al-Saff, 61:6)
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

(Surah Maryam ;19;30)
Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

4. Kali ini kita akan melihat adakah benar nabi Isa disalib atau sebaliknya

John 20:17
Jesus said unto her, "Touch Me not, for I am not yet ascended to My Father; but go to My brethren and say unto them, `I ascend unto My Father and your Father, and to My God and your God.'"
-ayat ini agak pening sedikit, tetapi kalau kita ikuti kisah ini kita akan dapati semasa Jesus hendak disalib dia telah diangkat kelangit menemui Tuhan

Dan dalam Islam kita umum mengetahui bahawa nabi Isa diangkat kelangit dan Allah menggantikan orang lain semasa penyaliban dilakukan.


Last but not least biasanya jawapan yang akan diterima setelah berdiskusi dengan orang yang
'lebih berilmu'  dia akan menjawab "Don't question God, your faith will be decrease"
(^..^)

Akhir kalam
Deuteronomy 6:4
Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.

Mark 12:29
And Jesus answered him, "The first of all the commandments is: `Hear, O Israel, the Lord our God is one Lord

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus “ Maryam (19;36)

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani , (Al-Baqarah,:2:163)


Jadi Tuhan Saya & Kamu adalah SAMA
Allahuaalam






Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...