Pages

Isnin, 29 April 2013

Nabi Muhammad S.A.W. dalam kitab Bible



Pendahuluan
Sejarah membuktikan insan ini dipuji mahupun dikeji, dan apa yang pasti ia merupakan kebanggaan orang Islam bahawa beliau merupakan Insan yang disegani baik kawan mahupun lawan. Micheal H. Hart dalam bukunya menempatkan beliau ditangga tertinggi menggantikan insan lain. Dalam kesempatan ini, saya tidak bercadang ingin menghuraikan mengenai tulisan insan lain, tetapi lebih kepada menilai sebuah kitab yang digunakan dengan begitu meluas di dunia moden ini, iaitu Holy Bible.
Amat mustahil sekiranya insan ini tidak disebut dalam kitab ini kerana beliau merupakan penutup kepada seluruh nabi dan rasul yang ada. Ini disebutkan dalam Quran Surah Al Ahzab; (33: 40)
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.’’
Manakala dalam surah Al-Kahf (18:110)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
Ayat ini jelas menunjukkan insan ini merupakan Nabi yang terakhir, seperti juga Nabi nabi yang terdahulu cumanya diwahyukan kepadanya sekaligus menjadi rahmat buat sekalian alam.
Dalam menghuraikan perbahasan ini, perlulah dijelaskan bahawa Kitab Bible ini terdiri daripada Old Tastement (OT) dan New Tastement (NT).  Pengkaji dan peneliti Bible bersetuju bahawa OT ditulis dalam Hebrew manakala NT ditulis dalam Greek dan Aramaic. Banyak pengkaji Bible bersetuju bahawa penterjemahan kepada bahasa English mahupon bahasa lain terdapat beberapa masalah iaitu terutamanya ialah istilah. Dalam memahami masalah ini, barulah kita boleh meneruskan kepada tahap yang kedua iaitu adakah Nabi Muhammad SAW disebut secara literal dalam Bible.


Bukti Pertama: Disebut nama secara Literal
Buktinya dalam Bible, Song of Solomon, (5:16) dalam Bahasa Hebrew disebut, 1


Dalam ayat ini, LAI (Lembaga Al-Kitab Indonesia) menafsirkan ayat seperti berikut
“Kata-katanya manis semata-mata, segala sesuatu padanya menarik. Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai puteri-puteri Yerusalem.”
Jika dinilai secara literal nya, mchmdim boleh diklasifikasikan sebagai Muhamad ‘im’. Kalimah ‘im’ dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contoh ini boleh diguna pakai pada kalimat Elohim yang menggambarakn ‘Tuhan’ manakala ‘im’ bermaksud Tuhan yang Maha Mulia. Jika isi yang sama digunakan ke atas Tuhan, ia juga boleh diaplikasikan kepada perkataan di atas. Maka jelas dan nyatalah bahawa Nabi Muhammad disebut secara literal dalam Bible. Mengikut seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger, beliau berkata, Penulis – penulis Bible tidak menyalin dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis penafsiran mereka sendiri mengenai sumber mereka iti. Mereka melakukannya kerana ingin memperbetulkan kesalahan – kesalahan penulis lain, namun mereka sendiri telah mendedahkan diri mereka dengan kesilapan. 2 Ini menunjukkan mungkin terdapat ketidak sengajaan dalam kesilapan ejaan dan gagal mengekalkan beberapa istilah yang sepatutunya.





Bukti Kedua: Dalam Buku Isaiah

Bab 21:13-17.
Dalam bab ini membicarakan mengenai ramalan kepada Arab.
Dalam versi LAI,
“13 Inilah pesan tentang Arab: Hai, orang Dedan, kafilah-kafilahmu berkemah di semak belukar tanah Arab. 14 Hai penduduk tanah Tema, berilah minum kepada orang-orang kehausan yang datang kepadamu, dan berilah makan kepada para pengungsi.15 Sebab mereka telah melarikan diri dari pedang yang terhunus, dari busur yang dilenturkan, dan dari perang yang sedang berkecamuk 16 Lalu TUHAN berkata kepadaku, ''Tepat satu tahun lagi kejayaan suku-suku Kedar akan berakhir. 17 Pemanah-pemanah Kedar adalah orang yang paling perkasa. Tetapi hanya sedikit dari mereka akan selamat. Aku, TUHAN Allah Israel telah berbicara.''
Manakala dalam Bab yang lain,
Isaiah 60;6-7;
“6 Negerimu dikerumuni banyak unta, mereka datang dari Midian dan Efa. Dari Syeba orang membawa emas dan kemenyan, sambil memuji perbuatan TUHAN. 7 Kambing domba Kedar dibawa kepadamu domba jantan dari Nebayot tersedia untuk ibadatmu. Kurban itu menyenangkan hati TUHAN Ia menyemarakkan Rumah-Nya yang penuh keagungan.”
Dalam menafsirkan ayat ini, perlulah dijelaskan bahawa ia ialah ramalan yang akan datang selepas waktu Isaiah bukanlah sebelum. Sebelum memahami ayat ini, susur galur Nabi Muhammad haruslah diselidiki. Nabi Ibrahim dianugerahkan keturunan yang hebat iaitu anaknya Nabi Ishaq yang dikenali sebagai Bani Israel dan Nabi Ismail bagi bangsa Arab. Umum mengetahui bahawa, Nabi Ismail tinggal di padang pasir sekitar negeri Arab dan pernah membuat kaabah bersama ayahnya Nabi Ibrahim di Mekah.
Oleh yang demikian, dalam memahami bab ini, sejarah membuktikan bahawa berlakunya Hijrah oleh kaum Muhajirin dari Mekah ke Madinah dan bertemu dengan penduduk Ansar. Maka berlakulah Piagam Madinah, di mana penduduk Ansar membantu Muhajirin disebabkan ancaman oleh kaum Quraisy Mekah yang mereka hadapi. Bertambah jelas lagi selepas setahun proses penghijrahan, berlakulah pertempuran yang dahsyat di antara Islam dengan kaum Quraisy iaitu pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M).4 Maka kemenangan dicapai oleh Islam. Mengikut Isaiah 21:16 dan Isaiah 60; 7 itu , terdapat perkataan ‘Kedar’. Siapakah Kedar ini? Mengikut tokoh – tokoh Kristian dan Islam, Kedar atau Qaidhar adalah hasil daripada 12 Orang anak Nabi Ismail a.s. yang melahirkan bangsa Arab.3
Selain daripada itu, kata nama khas pada ayat 14 di atas iaitu ‘Tema’ merujuk kepada sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian Barat bumi Arab.3 Pada ayat 6 dan 7 ini, membuktikan bahawa orang Arab menggunakan Unta sebagai pengangkutan dan terdapat sebuah rumah Tuhan yang disemarakkan. Ayat ini jelas, bahawa tidak terdapat Rumah yang lain di negara Arab yang diagungkan selain Kaabah yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Maka jelaslah bahawa ramalan ini menunjukkan kemuliaan yang akan diturunkan kepada keturunan Nabi Ismail iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Ramalan ini amatlah tidak saintifik jika dikaitkan dengan Nabi Isa a.s. Ini kerana Nabi Isa bukanlah keturunan Nabi Ismail tetapi Nabi Ishaq yang berketurunan Israel. Tambahan pula Nabi Isa tidak pernah berperang dan tidak pernah berhijrah. Bukti yang kukuh ini membuktikan peristiwa yang akan berlaku di bumi Arab iaitu kisah mengenai Nabi yang teragung ini.
Bukti ke- Tiga: Dalam New Testement
Setelah melihat secara literal dan dalam OT terdapat bukti - bukti lain juga yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad ada diterangkan dalam NT. Dalam Buku John 1:19-24,
Dalam versi LAI,
19 Dan inilah kesaksian Yohanes ketika orang Yahudi dari Yerusalem mengutus beberapa imam dan orang-orang Lewi kepadanya untuk menanyakan dia: ''Siapakah engkau?'' 20 Ia mengaku dan tidak berdusta, katanya: ''Aku bukan Mesias.21''Lalu mereka bertanya kepadanya: ''Kalau begitu, siapakah engkau? Elia?'' Dan ia menjawab: ''Bukan!'' ''Engkaukah nabi yang akan datang?'' Dan ia menjawab: ''Bukan!'' 22 Maka kata mereka kepadanya: ''Siapakah engkau? Sebab kami harus memberi jawab kepada mereka yang mengutus kami. Apakah katamu tentang dirimu sendiri?'' 23Jawabnya: ''Akulah suara orang yang berseru-seru di padang gurun: Luruskanlah jalan Tuhan! seperti yang telah dikatakan nabi Yesaya.''24 Dan di antara orang-orang yang diutus itu ada beberapa orang Farisi.25 Mereka bertanya kepadanya, katanya: ''Mengapakah engkau membaptis, jikalau engkau bukan Mesias, bukan Elia, dan bukan nabi yang akan datang?'
Kisah di atas membuktikan bahawa pada satu ketika ada orang bertanyakan kepada John The Baptis (Nabi Yahya a.s.) siapakah sebenarnya diri beliau? Di sini, beliau memberitahu bahawa beliau bukanlah Elia, Mesaiah dan bukan Nabi itu. Umum mengetahui bahawa dalam Islam Elia atau dikenali sebagai Nabi Ilyas a.s., Mesaiah ialah Nabi Isa a.s. Maka siapakah Nabi yang disebutkan disitu selain yang disebutkan. Dan ditambahkan lagi dengan bakal kedatangannya kelak. Bagi penganut Kristian, mereka mengatakan Nabi yang lain itu ialah Holy Spirit. Namun, apabila dinilai dari segi konteks perbualan ini, ia jelas menunjukkan percanggahan bahawa ia secara pasti merupakan seorang manusia yang menyampaikan risalah Tuhan kepada manusia. Ia samalah seperti pesuruh Allah yang lain, Ibrahim, Musa, Daud, Yahya, Ilyas, dan Isa . Semoga Allah kasih kepada mereka semua. Oleh yang demikian berdasarkan ayat Al – Quraan di atas , surah Al-Kahf; 18:110 maka jelaslah bahawa nabi Muhammad merupakan Nabi yang akan datang itu.

Bukti lain yang terdapat dalam NT dalam Gospel of John buku ke 16 ayat ke 7 hingga ke 15. Dalam versi LAI 
7 Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.8 Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman; 9 akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku; 10 akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi; 11 akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum. 12        Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.   13 Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.  14 Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterima-Nya dari pada-Ku. 15           Segala sesuatu yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterima-Nya dari pada-Ku.''
Dalam ayat ini, ia bermaksud ketika Jesus atau Nabi Isa a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa beliau akan dijemput oleh Tuhan atau diangkat oleh Tuhan, manakala pemergian beliau akan diiringi oleh ‘Penghibur.’ Selain daripada itu, ayat ini juga bermaksud, umat Nabi Isa tidak menerima ajakan dakwah yang beliau bawa. Tambahan pula Nabi Isa juga berkata bahawa Roh Kebenaran yang akan datang di mana zaman ini, manusia belum mampu menerimanya. Roh Kebenaran ini juga tidak akan berkata sesuka hati tetapi mendapat perintah daripada Tuhan. Beliau juga akan memuji aku (Nabi Isa a.s).
Apabila diteliti ciri – ciri ini, terdapat kesamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Mengikut New International Version Bible (NIV) perkataan Penghibur disebut sebagai ‘Paracletos’. Mengikut Dr. Danial, perkataan paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu bahasa asal bagi Gospel St. John, diambil daripada perkataan periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan perkataan ini berasal daripada suku kata peri dan cleotis. Perkataan ini apabila digabungkan membawa maksud ‘Yang Terpuji’ Semua ini selari dengan nama Nabi Muhammad atau Ahmad. Selain dari itu, ‘Roh Kebenaran’ atau (Spirit of Truth) dalam NIV boleh juga diertikan kepada Nabi Muhammad kerana sifat sifat Al-Amin serta Sidiq yang sentiasa menyampaikan kebenaran dan beliau tidak pernah menipu.

Dalam menghuraikan ayat ini, ilmuan Kristian mengatakan bahawa, ayat ini biasanya merujuk kepada ‘Roh’ ataupon spirit. Manakala Roh ini akan dimasukkan kepada siapa yang percaya kepada ketuhanan Jesus. Namun pandangan ini amat bertentangan dengan Bible sendiri bahawa, Roh Suci sudah pon ada semasa Jesus. Doktrin Kristian yang mempercayai Trinity atau Tritunggal ini sudah mempercayai bahawa Jesus dan Roh Suci sudah pun sebati dalam diri. Namun Roh Kebenaran yang disebutkan ini merupakan yang akan muncul dan mustahil kedua dua ini sama. Ayat di atas juga menyebutkan bahawa, Roh Kebenaran ini akan datang dan ia belum muncul lagi sewaktu Jesus, ini dikukuhkan lagi pada ayat ke 14, bahawa ia berkata – kata seperti Jesus iaitu diwahyukan oleh Tuhan dan dia berkata bukan atas kehendaknya tetapi atas perintah Tuhan. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa Roh Kebenaran ini ialah Manusia bukannya Roh.


Kesimpulan
Setelah melihat bukti – bukti yang amat jelas ini, maka amatlah mustahil sekiranya tidak terdapat langsung mengenai kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.  Ini kerana tugas utama para rasul ialah menyampaikan Tauhid(keesaan) Allah. Maka jelaslah pesanan utama yang dibawa oleh para Rasul ialah menyembah Allah sebagai Tuhan yang Esa. Selain daripada itu Rasul terakhir ini, merupakan penutup kepada Nabi – Nabi yang membenarkan apa yang telah diajarkan oleh Nabi – Nabi terdahulu, serta merungkaikan masalah yang dihadapi serta rahmat kepada seluruh alam. Allah merakamkan dalam Al-Quraan, bahawa kaum Nasrani serta Yahudi amatlah mengenal Nabi Muhammad ini sepertimana Buhaira (pendeta Yahudi)  yang telah mengaku bahawa beliaulah utusan terakhir itu.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). Al Baqarah (2:146)


Rujukan
2 The Text of the New Testament: Its Transmission, Corruption, and Restoration, Bruce M Metzger, Oxford Univ. Press, 1992
3 Dr Danial Zainal abidin, Bukti – Bukti Sains dan Sejarah kerasulan Nabi Muhammad, 2011, PTS Millenia Sdn Bhd, Selangor Malaysia
4  Abdul Latip Talib (2010). Perang Badar. Selangor: PTS Litera Utama. ISBN 9789833892921.
5  Holy Bible, New International Version (NIV), Zondervan Grand Rapids, Michigan, USA , 1986
6 Lembaga Al- Kitab Indonesia (LAI), 1993

Assignment UHW6023

Sabtu, 20 April 2013

Al- Quraan dan Bible dalam Monotheisma

Tajuk ini saya ambil semperna pembentangan dalam kelas Islam dan Sains di UTM

Disediakan oleh

Mohamad Syauqy Amin Bin Othman
Muhammad Adib Bin Md Nasir
Mohd Ramdan Bin Mohd Rofi



1.0       Definisi
1.1       Monothiesma
Menigkut kamus Britannica, Monothiesma bermaksud kepercayaan dalam kewujudan keesaan Tuhan. Perkataan ‘monothiesma berasal daripada perkataan Greek, μόνος (monos) bermaksud “Tunggal” dan θεός (theos) bermaksud Tuhan. Tuhan dalam monothiesma ini merupakan Pencipta selurah alam. Pencipta ini menciptakan ciptaan dan tidak pernah lalai dan alpa terhadap ciptaannya. Di barat satu isltilah diperkenalkan iaitu ‘Abrahamic Religion’ yang mempercayai konsep monothiesma ini iaitu Islam, Christianity dan Judaisme. Ketiga tiga agama ini mengimani konsep keesaan Tuhan.
1.2       Al-Qur’an
Pembahasan tentang pengertian al-Qur'an (ta’riful Qur’an) mencakup tiga bagian pembahasan yaitu: definisi al-Qur'an, nama-nama al-Qur'an, dan fungsi atau kedudukan al-Qur'an
1.      Pengertian al-Qur'an
Para ulama tafsir al-Qur'an berbeza pendapat dalam hal membincangkan asal perkataan al-Quran. Golongan pertama menyatakan al-Quran berasal dari perkataan qara’a.  Kata qara’a  berarti menghimpun dan menyatukan; al-Qur'an pada hakikatnya merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang menjadi satu ayat, himpunan ayat-ayat menjadi surat, himpunan surat menjadi mushaf al-Qur'an. Di samping itu, ramai ulama mengatakan bahwa al-Qur'an dengan akar kata qoro’a, bermakna tilawah: membaca. Kedua makna ini bisa dipadukan menjadi satu, menjadi “al-Qur'an itu merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang dapat dibaca”
Makna al-Qur'an secara ishtilaah, al-Qur'an itu adalah “Firman Allah SWT yang menjadi mu’jizat abadi kepada Rasulullah yang tidak mungkin bisa ditandingi oleh manusia, diturunkan ke dalam hati Rasulullah SAW, diturunkan ke generasi berikutnya secara mutawatir, ketika dibaca bernilai ibadah dan berpahala besar” Dari definisi di atas terdapat lima bagian penting:
a)   Al-Qur'an adalah firman Allah SWT (QS 53:4), wahyu yang datang dari Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maka firman-Nya (al-Qur'an) pun menjadi mulia dan agung juga, yang harus diperlakukan dengan layak, pantas, dimuliakan dan dihormati.
b)   Al-Qur'an adalah mu’jizat. Manusia tak akan sanggup membuat yang senilai dengan al-Qur'an, baik satu mushaf maupun hanya satu ayat.
c)   Al-Qur'an itu diturunkan ke dalam hati Nabi SAW melalui malaikat Jibril AS (QS 26:192). Hikmahnya kepada kita adalah hendaknya al-Qur'an masuk ke dalam hati kita. Perubahan perilaku manusia sangat ditentukan oleh hatinya. Jika hati terisi dengan al-Qur'an, maka al-Qur'an akan mendorong kita untuk menerapkannya dan memasyarakatkannya. Hal tersebut terjadi pada diri Rasululullah SAW, ketika al-Qur'an diturunkan kepada beliau. Ketika A’isyah ditanya tentang akhlak Nabi SAW, beliau menjawab:  Kaana khuluquhul qur’an; akhlak Nabi adalah al-Qur'an.
d)   Al-Qur'an disampaikan secara mutawatir. Al-Qur'an dihafalkan dan ditulis oleh banyak sahabat. Secara turun temurun al-Qur'an itu diajarkan kepada generasi berikutnya, dari orang banyak ke orang banyak. Dengan cara seperti itu, keaslian al-Qur'an terpelihara, sebagai wujud jaminan Allah terhadap keabadian al-Qur'an. (QS 15:9).
e)   Membaca al-Qur'an bernilai ibadah, berpahala besar di sisi Allah SWT. Nabi bersabda: “Aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, laam satu huruf, miim satu huruf dan satu kebaikan nilainya 10 kali lipat” (Sahih Riwayat Tirmidzi).
            Ali bin Abi Thalib berkata: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Nanti akan terjadi fitnah  (kekacauan, bencana)”  Bagaimana jalan keluar dari fitnah dan kekacauan itu Hai Rasulullah? Rasul menjawab: “Kitab Allah, di dalamnya terdapat berita tentang orang-orang sebelum kamu, dan berita umat sesudah kamu (yang akan datang), merupakan hukum diantaramu, demikian tegas, barang siapa yang meninggalkan al-Qur'an dengan sengaja Allah akan membinasakannya, dan barang siapa yang mencari petunjuk pada selainnya Allah akan menyesatkannya, Al-Qur'an adalah tali Allah yang sangat kuat, cahaya Allah yang sangat jelas, peringatan yang sangat bijak, jalan yang lurus, dengan al-Qur'an hawa nafsu tidak akan melenceng, dengannya lidah tidak akan bercampur dengan yang salah, pendapat manusia tidak akan bercabang, dan ulama tidak akan merasa puas dan kenyang dengan al-Qur'an, orang-orang bertaqwa tidak akan bosan dengannya, al-Qur'an tidak akan usang sekalipun banyak diulang, keajaibannya tidak akan habis, ketika jin mendengarnya mereke berkomentar ‘Sungguh kami mendengarkan al-Qur'an yang menakjubkan’, barang siapa yang mengetahui ilmunya dia akan sampai dengan cepat ke tempat tujuan, barang siapa berbicara dengan landasannya selalu benar, barang siapa berhukum dengannya hukumnya adil, barang siapa yang mengamalkan al-Qur'an dia akan mendapatkan pahala, barang siapa yang mengajak kepada al-Qur'an dia diberikan petunjuk ke jalan yang lurus” (HR Tirmidzi dari Ali r.a.)
1.3       Bible
Mengikut Britannica Dictioneries, Bible merupakan kitab Suci bagi Judaism dan Kristian. Kitab Kristian Bible terdiri dariapada Old Tastement atau perjanjian lama dan New Tastement atau Perjanjian Baru. Bible merupakan gabungan kitab kitab lama yang diakui sebagai Kalam Tuhan. Old Tastement ialah kitab - kitab sebelum zaman Jesus manakala New Tastement selepas zaman Jesus. Dalam Old Tastement 5 buku pertama iaitu, Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deutonomy disebut sebagai Laws ataupon Torah. Manakala kitab Psalms dikatakan sebagai Zabur. Dalam New Tastement, 4 kitab utama yang dikenal sebagai Gospel atau berita baik disebut Matthew, Mark, Luke dan John. Umumnya Kristian beraliran Protestant mengalami 66 buah Kitab. Manakala Kristian beraliran lain mempunyai bilangan yang berbeza beza antara satu dengan yang lain. Buku - buku ini dipanggil ‘Apocrypha’. 9

2.0       Keesaan Tuhan
Setiap sesuatu yang dicipta mempunyai penciptanya. Semua makhluk diciptakan oleh Allah s.w.t zat yang maha kuasa. Sebagai seorang Islam, mereka yang beriman kepada Allah, wajib yakin dengan sebenar yakin bahawa hanya Allah, Tuhan yang layak disembah, selain daripada Allah semuanya makhluk. Perkara mengenai Keesaan Allah s.w.t adalah hakikat yang wajib diyakini oleh setiap hati-hati manusia yang diciptakan oleh Allah. Perkara ini terkandung dalam kalimah lailahaillallah. Bagi orang bukan Islam, seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha, mereka mempercayai Allah yang menciptakan mereka, tetapi dalam masa yang sama mereka mempercayai kekuasaan Tuhan yang lain selain Allah. Sama seperti masyarakat Musrikin pada zaman Nabi s.a.w, mereka tidak mahu percaya pada keesaan Allah.

2.1       Al- Quraan
           
Sebagai bukti keesaan Allah s.w.t, banyak wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang terkandung dalam kitab suci Al-quran. Antaranya ialah ;

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa, tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani” (1:163).

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat member syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang MahaTinggi (darjat kemuliaan Nya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”(2: 256).

“Jika ada kedua-duanya (langit dan bumi) tuhan selain ALlah, nescaya rosaklah kedua-duanya. Maha Suci ALlah, Tuhan yang mempunyai arasyh daripada apa yang mereka sifatkan”(21: 22).

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang MahaEsa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”( 112: 1 – 4).

                Ayat-ayat di atas diturunkan untuk menerangkan kepada manusia bahawa hanya ada satu Tuhan yang menciptakan dan mentadbir segala sesuatu. Ini adalah asas kepada akidah iaitu puncak dari kepercayaan. Inilah yang dimaksudkan dengan Tauhid iaitu pengakuan atas Keesaan atau tunggalNya Tuhan dan namaNya ialah Allah (Tafsir Al-Azhar). Dia adalah Satu dan Tunggal, yang tidak mempunyai badingan, wakil,saingan, yang menyerupai dan yang menyamai-Nya. Dan, ayat ini tidak boleh di gunakan kecuali hanya untuk Allah sahaja, sebab Dialah yang Maha Sempurna dalam semua sifat dan perbuata-Nya (Tafsir Ibnu Katsir). Apabila manusia mempunyai keyakinan yang mantap, hati bersih dari kepercayaan selain Allah, inilah di namakan iman yang sempurna yang mana dikehendaki oleh Allah s.w.t (Tafsir Fi Zilalil Quran).
           
            Selain daripada itu, diriwayatkan oleh Imam Thabarani dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala sesuatu itu mempunyai nisbat. Dan nisbat Allah itu adalah, ‘Katakanlah , ‘Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah ash-shamad.” Dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah s.w.t berfirman, “Anak cucu Adam telah mendustakan dan mencaciKu sedangkan tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Mereka mendustakanKu dengan mengatakan bahawa Aku (Allah) tidak boleh membangkitkan semula selepas mati sebagaimana kami mula dilahirkan. Ada pun mereka mencaciKu dangan mengatakan Aku mempunyai anak sedangkan Aku adalah tempat pergantungan, yang mana Aku tidak beranak dan Aku tidak diperanakkan. Dan tidaklah ada sesiapapun yang menandingiku”.

2.2       Bible

            Disamping itu juga, di dalam kitab Bible juga terdapat ayat ayat yang menerangkan tentang Keesaan Allah yang mereka rujukan sebagai Tuhan. Ini menunjukkan bahawa, masyarakat yang beragama Kristian juga mengakui dan mempercayai bahawa Tuhan itu tunggal. Antara ayat ayat yang terdapat dalam Bible ialah;
“The Shema of the Hebrew Scriptures: "Hear, O Israel: the LORD our God, the LORD is one."
[Deutronmy 6:4]
“The first of the Ten Commandments. Thou shalt have no other gods before me."[Exodus 20:2]
"Thus saith the LORD the King of Israel and his redeemer the LORD of hosts: I am the first and I am the last; and beside me there is no God."[Isa 44:6]
“In the New Testament: "The Lord our God is one."[Mark 12:29]
“God is not human, that he should lie, not a human being, that he should change his mind.” [Numbers 23:19]
“By myself I can do nothing; I judge only as I hear, and my judgment is just, for I seek not to please myself but him who sent me.” [John 5:30].
             Orang-orang bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian juga mengetahui dan mempercayai tentang kewujudan Allah s.w.t seperti yang terkandung dalam kitab mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka juga sama mereka mempercayai kekuasaan selain daripada Allah. Inilah yang menyebabkan iman terkeluar dari diri mereka dan mereka kufur (tidak mahu mentaati perintah Allah) dan mereka ingkar kepada Rasul-rasul a.s yang di utuskan kepada mereka.

3.0       Salah tanggapan dalam mengesakan Tuhan
Dalam bab ini, beberapa faktor akan dibincangkan dalam perbezaan keimanan di antara Islam dengan Kristian iaitu triniti dan Jesus anak manusia.
3.1       Triniti (Tritunggal)
Mengikut Catechism of The Catholic church, Triniti iaitu Bapa ialah Tuhan, Anak adalah Tuhan manakala Roh Kudus ialah Tuhan tetapi ia bukanlah tiga Tuhan tetapi satu Tuhan.5  Catechism juga menyatakan bahawa, “Keimanan orang Kristian bergantung kepada Triniti” sekaligus menolak Polytheist dan monotheisme.  Pope Benedict IV dalam bukunya “Introduction to Christianity, wahyu ini mengandungi “ Revolusi manusia dalam pandangan manusia di dunia.”  Ini bermaksud pengakhiran yang sebenar mempunyai Tiga manusia dalam hubungan yang abadi dan tidak mempunyai halangan antara satu dengan yang lain. Tambahan pula, ia merupakan wahyu yang tiada pengetahuan manusia mampu mengetahuinya. Wahyu inilah yang membuktikan bahawa Tuhan merupakan Tiga Manusia dan membezakan di antara agama yang lain.

Shield of the Trinity 1
Dalam Al- Quraan, Allah merakamkan dalam Al Quran dalam surah 4:171
Dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. (Quran, 4;171)

Tujuan yang sama juga dinyatakan dalam Quran (5:72) yang menolak trinity. Ini menunjukkan Allah menempelak ahli kitab iaitu Yahudi dan Kristian yang menyatakan Allah mempunyai anak dan menafikan Tuhan itu tiga atau triniti. Maka jelaslah pendirian Islam yang menyatakan bahawa Tuhan itu satu seperti yang disebut awalnya seperti dalam Al Quran surah 112:1-4. Tambahan daripada itu ayat ini juga membuktikan bahaya Nabi Isa a.s. atau Jesus Christ hanyalah diberikan mukjizat oleh Allah dan dalam ayat seterusnya 4:172 turut menyatakan bahawa dia hanyalah hamba Allah.

Tambahan pula perkataan triniti secara literal nya tidak terdapat dalam Bible tetapi terdapat dalam Al Quran seperti dinyatakan di atas. Namun demikian perkataan yang hampir sama seperti dalam 1John 5:7 (NKJV)
‘ For there are three that bear witness in heaven: the Father, the Word, and the Holy Spirit; and these three are one.’

Namun demikian bukti ini disangkal oleh Bible sendiri dalam versi New International Version (NIV) sendiri pada nota kaki iaitu perkara ini tidak terdapat dalam manuskrip Greek sebelum kurun ke 16. Manakala dalam Revised Standard Version (RSV) menyatakan ayat ini telah dibuang kerana ditambah kemudiannya. Maka jelaslah perkataan Triniti itu tidak terdapat dalam Bible secara literal tetapi terdapat dalam Al Quran.7
Bukti ini dikuatkan lagi dengan pengakuan iblis dalam Matthew bab ke 4 dimana Jesus digoda oleh iblis dan iblis memberitahu Jesus bahawa semua kekayaan di dunia dan kemewahannya adalah milik Jesus jika Jesus menyembahnya. Ini membuktikan bahawa jika Jesus sebagai tuhan bagaimana mungkin iblis mampu menghasut tuhan dan disuruh menyembahnya.

3.1.1    Analogi
Dalam menghuraikan dengan lebih mendalam dan pemahaman yang mudah, contoh yang diberikan biasanya ialah trinity seperti air. Pada keadaan yang ia merupakan cecair, dan mampu menjadi kiub ais sebagai pepejal dan menjadi wap atau gas. Ketiga tiga sumber ini berunsurkan daripada H20. Maka begitulah yang dikatakan sebagai trinity. Dalam menyangkal perkara tersebut, umum mengetahui, Bapa ialah Tuhan tidak mempunyai jisim dan jirim dan terkeluar dalam lingkungan ciptaan, anak ialah manusia manakala Roh kudus ialah berasal daripada roh atau cahaya. Ketiga- tiga ini mempunyai perbezaan yang amat ketara. 



Selain itu, manusia mempunyai daging dan tulang manakala Tuhan dan Roh kudus tidak mempunyai daging dan tulang. Ini dikukuhkan lagi dalam Bible, Luke bab 24; ayat 39 hingga 43.
Selain daripada itu contoh lain ialah trinity ini seperti manusia yang mempunyai tiga identiti. Sebagai contoh, saya merupakan seorang pelajar, saya juga seorang peniaga dan saya juga seorang pengkaji. Maka ketiga tiga ini merupakan individu yang sama namun mempunyai tugas yang berbeza. Di sini dapat diketahui ialah, semua perkara dilakukan oleh individu terbabit dan setiap identiti itu mengetahui perkara yang berlaku. Selain daripada itu, jika hukuman dilakukan kepada si pelajar itu, pengkaji dan peniaga juga akan mendapat kesan yang sama. Ini berbeza dengan Jesus Christ yang tidak mengetahui pengakhiran dunia namun hanya diketahui oleh Tuhan. Ini terbukti dalam Bible Mark bab ke 13 ayat ke 32.
‘No one knows about that day or hour, not even the angels in heaven, nor the sun but only the Father’


3.2       Jesus ialah Anak Manusia
Al Quran memberikan bukti yang jelas bahawa Allah tidak memerlukan anak seperti dalam surah 112:3 ‘Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan’; dan surah ke 4:171 ‘Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak’ . Dua ayat ini menunjukkan Allah, Tuhan yang tidak beranak dan tidak mempunyai anak. Oleh yang demikian bukti bahawa Jesus ialah anak Allah amatlah tidak tepat.

Dalam Bible, buku John 3:16; “For God so loved the world that he gave his one and only begotten Son, that whoever believes in him shall not perish but have eternal life” (KJV). Dalam versi Alkitab Bible Indonesia bermaksud “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal”. Namun demikian bukti ini disangkal sendiri oleh Bible versi NIV serta NLT sendiri iaitu perkataan ‘begotten’ telah dibuang.2,3 Ini bermaksud Jesus bukanlah anak Tuhan yang tunggal.

Tambahan pula Bible sendiri mengungkapkan anak dengan maksud yang perbagai. Antaranya dalam Psalms 2:7. Ayat ini merujuk kepada kenyataan Tuhan kepada David (Nabi Daud) bahawa Nabi Daud juga ialah anak tuhan. Selain itu, dalam buku Exodus 4;22 juga membuktikan bahawa Israil juga ialah anak Tuhan bahkan merupakan anak yang sulung. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dalam Romans 8;14 melalui kenyataan St. Paul iaitu; Semua orang yang dipimpin roh Tuhan mereka ialah anak Tuhan. Kesemua bukti dalam Bible ini menunjukkan bahawa Jesus bukanlah satu satunya anak Tuhan tetapi beliau merupakan anak Mary (rujuk Mark 6:3) yang dikurniakan mukjizat kepada kaum Israil dan mengajak mereka menyembah kepada Tuhan yang esa iaitu Allah. Bible mengakui sendiri dalam ucapan St Peter dalam Acts 2:22;

“Saudara – saudara orang orang Israel! Dengarlah apa yang saya katakana ini: Yesus orang Nazaret itu sudah diberi tugas oleh Allah untuk saudara. Itu nyata sekali pada keajaiban-keajaiban dan hal –hal luar biasa yang Allah lakukan di tengah – tengah kalian melalui Yesus itu.” (LAI)

Allah merakamkan dalam Al-Quran, (4:75)
Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam (Jesus anak Maryam) itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami (Allah) jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka).


Kesemua bukti ini mengukuhkan bahawa Nabi Isa a.s. adalah seorang nabi sepertimana nabi- nabi terdahulu.
4.0       Kesimpulan
Bukti di atas jelas menunjukkan Tuhan ialah esa. Dalam Al-Quran, jelas menunjukkan Tuhan iaitu Allah Yang Maha Esa. (Quraan 112:4) Manakala dalam Kristian Bible hari ini terdapat sedikit keraguan mengenai keesaan Tuhan kerana konsep yang dipegang oleh mereka ialah triniti. Namun demikian terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa Tuhan itu esa.   


Rujukan
1 Edward N. West in Outward Signs: The Language of Christian Symbolism, 1989
2 David J. Stewart, http://www.jesus-is-savior.com/Bible/NIV/why.htm
3 David J. Stewart, http://www.jesus-is-savior.com/Bible/NLT/nlt_exposed.htm
4 Mohd Amin Yaacob & Lim Jooi Soon , Jawapan Islam terhadap ketuhanan Jesus, Aslita Sdn Bhd. 2010, Kuala Lumpur
5 Catechism of the Catholic Church( Doubleday, New York), 1995
6 Mohd Amin Yaacob & Lim Jooi Soon, 7 Persoalan Berkenaan Asas-Asas Agama Kristian, Aslita Sdn Bhd. 2011, Kuala Lumpur
7 Dr. Zakir Abdul Karim Naik, Most Common Questions Asked on Conceptiion of God in Christianity,Saba Islamic Media, 2007, Kuala Lumpur
8 Theodorus P. van Baaren, http://www.britannica.com/EBchecked/topic/390101/monotheism
9 Dr. Danial Zainal Abidin, Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad, PTS Millennia Sdn Bhd, 2011 Kuala Lumpur
10 http://www.bible.ca/b-canon-orthodox-catholic-christian-bible-books.htm
11 http://www.britannica.com/EBchecked/topic/64396/Bible
12 Lembaga Al- Kitab Indonesia (LAI), 1993
13 Holy Bible, New International Version (NIV), Zondervan Grand Rapids, Michigan, USA , 1986
14 New Living Translation (NLT), Tyndale House Publication, Inc., Illinois USA, 1996
15 Hamka, Prof. Dr., Tafsir Al-Azhar, Juzu’ 30, Pustaka Nasional.
16 al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 10, Pustaka Imam asy-Syafi'i.
17 Sayyid ibn Qutb Ibrahim, Tafsir Fi Zilalil Quran, Jilid 11, Pustaka Darul Iman.
18 Muhammad Yusuf, Muntakhab Ahadith, Bab Kalimah Tayyibah, Klang Book Centre.
19 www.bibleonline.com

Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...