GAMBAR INI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DI ANTARA HIDUP DAN MATI
"Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput di pejabat presiden,"kata lelaki pertama.
"Ah, itu tidak hebat. Kalau aku dijemput ke pejabat presiden dan presiden berjabat tangan denganku," kata lelaki kedua."Itu pun tidak hebat. Bukan sahaja presiden berjabat tangan denganku tetapi berbual denganku,"kata lelaki ketiga
"Aku rasa ini pun tak hebat,"kata lelaki ke empat.
"Apa yang lebih hebat ?"
"Aku ke pejabat presiden dan ketika itu presiden sedang bercakap di telefon. Melihat aku datang, tuan presiden serta merta meletakkan telefon untuk meraikanku.
"Hebat..." ujar mereka hampir mendesak
Namun AKU masih diam. Selamba.
"Bagaimana dengan kamu?" mereka bertanya
"AKU datang ke pejabat presiden. Dan telefon di mejanya berdering.....
Tuan Presiden mengangkatny, lalu berkata kepada ku,
"Panggilan telefon ini untuk kamu!!!"perlahan tetapi jelas..
HAHAAHAH ... kau memang betul betul hebat..kata mereka berlima
P/s
Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi. Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan "orang besar" yang mereka kenali. Oleh sebab itu, mereka tidak perlu membodek sesama manusia. Sebaliknya mereka merasa merdeka untuk bersuara tanpa dibelenggu oleh takut atau inferiority complexs
Solusi isu no. 11