Pengisian Dalam Blog ini biasanya adalah berdasarkan pengalaman Penulis, sebarang data adalah tidak personal melainkan diberitahu.... Sampaikanlah Ilmu kerana kelak akan memperoleh kebaikan......
Jumaat, 30 Disember 2011
Is Jesus a Real God ??
Dalam topik kali ini saya ingin menyambung entri yang lalu iaitu menggunakan Holy Bible sebagai alat tetapi bukan matlamat.
Dalam surah Al Anaam(6:108)
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
Secara dasarnya pendekatan yang digunakan dalam Islam ialah dengan cara yang berhikmah iaitu tidak mencela agama atau sembahan orang lain kerana takut golongan itu akan mencerca Allah dengan tidak mengetahui apa yang dikatakan itu.
Dalam Islam kita mempercayai injil dan taurat. Tetapi kita hendaklah ketahui bahawa Holy Bible bukanlah kitab injil dan taurat; Erti kata lain sebahagian daripada kitab injil dan taurat itu ada dalam Holy Bible. Oleh itu ia pasti terdapat cacat cela iaitu akan ada berlainan pandangan dalam sesebuah kitab tersebut.
Sebelum memasuki topik ini, beberapa persoalan akan timbul terutamanya apabila memasuki bab yang penting ini, kerana ia akan menggugat 'aqidah Kristian' pada dasarnya tetapi kita sebagai umat yang prihatin jika didapati mereka benar kita yang akan tergugat. Hakikatnya kebenaran hanya Allah yang tahu, tetapi kita sebagai insan harus mengkaji serta menjustifikasikan dengan benar tindakan kita ini.
Untuk mudah bicara saya menggunakan Bible dari King James Version dan boleh didapati dalam
www.biblegateway.com
1. John 14:28
Ye have heard how I said unto you, `I go away and come again unto you.' If ye loved Me, ye would rejoice because I said, `I go unto the Father,' for My Father is greater than I.
- untuk mudah bicara kita umum mengetahui Jesus dilahirkan tanpa bapa. Dan secara analoginya kata Bapa di atas bermaksud Lord (tuhan ) dan dalam ayat tersebut ia memberitahu Tuhan itu lebih hebat berbanding saya.
2. John 10:29
My Father, who gave them to Me, is greater than all; and no man is able to pluck them out of My Father's hand.
- (Tuhan ini lebih hebat daripada semua)
Setelah mendengar alasan ini, Kristian selalunya akan berkata, kita percaya dengan 3 tuhan. (TRINITY)
Setelah mendengar hujah tersebut kita mengetahui bahawa jika terdapat 3 Tuhan kita akan dapati Father akan berada di kedudukan Pertama. Namun begitu mari kita tengok siapa yang dikatakan 'Tuhan Kedua' (^_^)
3. John 5:30
I can of Mine own self do nothing. As I hear, I judge; and My judgment is just, because I seek not Mine own will, but the will of the Father who hath sent Me
- Saya memang tidak dapat membuat apa, kerana semuanya berdasarkan apa yang Tuhan suruh lakukan.
Dengan kata lain Jesus hanyalah seorang penyampai iaitu Messenger.
Jadi kita sudah pon mengetahui bahawa tidak ada Tuhan Kedua.....Apabila Tuhan Kedua tidak ada dan kebarangkalian Tuhan ketiga ialah (^_^)
Dalam Islam (Al-Saff, 61:6)
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
(Surah Maryam ;19;30)
Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
4. Kali ini kita akan melihat adakah benar nabi Isa disalib atau sebaliknya
John 20:17
Jesus said unto her, "Touch Me not, for I am not yet ascended to My Father; but go to My brethren and say unto them, `I ascend unto My Father and your Father, and to My God and your God.'"
-ayat ini agak pening sedikit, tetapi kalau kita ikuti kisah ini kita akan dapati semasa Jesus hendak disalib dia telah diangkat kelangit menemui Tuhan
Dan dalam Islam kita umum mengetahui bahawa nabi Isa diangkat kelangit dan Allah menggantikan orang lain semasa penyaliban dilakukan.
Last but not least biasanya jawapan yang akan diterima setelah berdiskusi dengan orang yang
'lebih berilmu' dia akan menjawab "Don't question God, your faith will be decrease"
(^..^)
Akhir kalam
Deuteronomy 6:4
Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.
Mark 12:29
And Jesus answered him, "The first of all the commandments is: `Hear, O Israel, the Lord our God is one Lord
Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus “ Maryam (19;36)
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani , (Al-Baqarah,:2:163)
Jadi Tuhan Saya & Kamu adalah SAMA
Allahuaalam
Isnin, 26 Disember 2011
Padamkan Api Neraka Dengan Air Matamu
Allah berfirman dalam hadis qudsi
" Hai anak cucu Adam, betapa angkuhnya engkau. Engkau meminta kepada-Ku kemudian aku mencegah pemberian-Ku terhadapmu demi kemaslahatan dirimu. Tapi engkau terus meminta, maka Aku bermurah kepadamu dengan rahmat dan perkenan-Ku, dan Aku memberimu apa yang engkau minta kepada-Ku. Tapi apa uang aku berikan kepadamu itu lalu engkau jadikan alat untuk mendurhakai-Ku, sehingga Aku hampir menyingkap tabir aibmu. Betapa banyak kebaikan yang Aku lakukan untukmu, dan betapa banyak keburukan yang engkau lakukan terhadap-Ku. Hampir saja Aku murka terhadapmu dan tidak merdhaimu selama-lamanya
Dalam hadits yang lain Allah berfirman,
Hai hamba-Ku, sampai bila kamu akan terus mendurhakai-Ku, padahal Aku telah memberimu makan dengan rezeki dari-Ku dan dengan kebaikan-Ku? Bukankah aku telah menciptakanmu dengan 'tangan-Ku' ? Bukankah aku telah meniupkan kepadamu roh-Ku? Tidakkah engkau tahu bagaimana perbuatan -Ku terhadap orang yang mentaati -Ku? dan bagaimana siksa -Ku terhadap orang yang mendurhakaiKu? Tidakkah engkau malu ketika engkau mengingat-Ku ketika engkau dalam saat kesusahan, tapi di saat senang emgkau melupakan-Ku ? Mata hatimu telah dibutakan oleh hawa nafsu. Katakan kepada Ku , dengan apa engkau melihat -Ku? Beginilah keadaan apabila orang yang tidak lagi menerima nasihat. Sampai bila sifat lalaimu ini berlangsung? Jika engkau bertaubat dari dosa-dosamu, maka Aku akan menghadirkan rasa aman bagimu. Tinggalkan negeri yang kejernihannya adalah kekeruhan, dan harapannya hanya berupa angan-angan kosong. Engkau telah menukar kebaikan-Ku dengan kerendahan dunia, sedang Aku tidak memiliki sekutu di alam ini. Maka apa jawabanmu? Aku telah menjadikan anggota-anggota badanmu sebagai saksi terhadap apa yang engkau dengar dan engkau lihat.
Firman-Nya,
Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan ( di mukanya) begitu juga kejahatan yang telah dikerjakannya ( Ali Imran: 30)
Dalam sebuah syair
Engkau durhakai Tuhan padahal engkau mengaku mencintai-Nya....
Ini adalah kemustahilan. Dalam kias terdapat keindahan;
Kalau benar cintamu itu, tentu engkau kan menaatai-Nya
Sebab orang yang mencintai, pasti taat pada yang DICINTAINYA......
Rasulullah saw bersabda
"Allah mewahyukan kepada Nabi Daudas.: Hai Daud berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat dosa dan berilah peringatan kepada shidiqin ( orang-orang yang benar keimanannya)
Maka Daud pon terheran -heran lalu bertanya , "Wahai Tuhanku , Bagaimana aku akan memberi kabar gembira kepada pembuat dosa dan memberi peringatan kepada orang-orang yang benar keimanannya?" Allah Taala berfirman :"Hai Daud gembirakan orang-orang yang berdosa itu agar mereka menganggap Aku sulit mengampuni suatu dosa dan berilah peringatan agar mereka tidak rasa berbangga dengan amal-amal mereka , sebab aku tidak meletakkan perhitungan-Ku terhadap seseorang pun melainkan ia menjadi binasa kerananya. Wahai Daud, jika engkau mengaku mencintai Aku maka keluarkan kecintaan terhadap dunia dari hatimu, sebab kecintaan kepada-Ku dan kecintaan kepada dunia ini tidak dapat bersatu dalam satu hati. Wahai Daud, sesiapa yang mencintai Aku, maka ia akan bertahajud di hadapan-Ku ketika orang lain sedang tidur, dan ia akan mengingat Aku dalam kesendiriannya di saat orang-orang yang lalai itu lengah dari mengingat-Ku. Ia juga akan mensyukuri nikmat yang Aku berikan kepadanya ketika orang-orang yang lupa itu melalaikannya."
Karya Ibnu Jauzi
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka"
Jumaat, 23 Disember 2011
The Holy Qur'an & Holy Bible Which one is the true Part 1
Alhamdulillah tajuk yang agak berat ini, saya ingin kupas berdasarkan apa yang telah saya belajar dalam latihan dan segala tunjuk ajar boleh lah diberikan...
Pengenalan
Tajuk ini biasanya amatlah berat dan jika salah sangka akan terjadi fitnah terutamanya terhadap 'orang awam'. Namun begitu atas inisiatif pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta dakwah, saya kupas beberapa perkara.
Prinsip Islam dalam agama lain terutamanya agama samawi ialah Islam menerima apa yang selari dalam Al-Quraan dan Sunah jikalau berbeza tetap berbeza. Dengan kata lain jika kandungan dalam Bible sebagai contoh terdapat perkara tambahan ia dikatakan sebagai Israiliat kerana sumber itu belum pasti dengan betul- betul tepat.
1. Pengenalan Bible
a) Perkataan Bible diamabil dalam bahasa Greek iaitu Biblos.
b) Dalam Bible ada 2 Perjanjian iaitu OLD TESTAMENT & New Testament
c) Dalam kedua -dua perjanjian ini terdapat KITAB-KITAB seperti Genesis, Exodus, Leviticus dan lain-lain. Dengan kata lain Bible ini terdiri daripada himpunan kitab-kitab yang banyak digabungkan dalam 1 Buku.
d) Old Testament - ditulis sebelum kedatangan Jesus, 5 kitab terawal dikenal sebagai Taurat* (dalam pandangan mereka) manakala Kitab Psalms sebagai Zabur
e) New Testament - pembukuan beberapa ratus tahun setelah kedatangan Jesus
f) Dalam New Testament - kitab yang paling penting ialah Matthew , Mark , Luke & John
2. Ujian
Sekarang mari kita uji dengan Bible yang ada. Pembandingan dibuat dalam Kitab yang lain yang mempunyai isi yang sama. Sebagai contoh
1. Kitab King 1 Bab 7 ayat 26
Kitab Chronicles 2 Bab 4 ayat 5
It was a handbreadth thick; and its brim was shaped like the brim of a cup like a lily blossom . It contained three thousand baths.
Solomon had four thousand stalls for horses and chariots, and twelve thousand horsemen whom has stationed in the chariot cities and with the king at Juruselam
3. Sifat Tuhan
a) Kitab Genesis 2;3
And God blessed the seventh day and declared it holy, because it was the day when he rested from all his work of creation.
Dalam Islam
Mari kita kaji, dalam Bible kita dapat lihat Tuhan menciptakan dalam 7 HARI dan Tuhan BEREHAT...
* Bukanlah sifat yang layak bagi TUHAN untuk BEREHAT dan kekeliruan di sini ialah Hari..Hari memberi maksud putaran kelilingan Bumi kepada Matahari dan ia berbeza dengan Islam iaitu MASA.
b) Kitab Genesis 6;5-6
The Lord observed the extent of human wickedness on the earth, and he saw that everything they thought or imagined was consistently and totally evil.
So the Lord was sorry he had ever made them and put them on the earth. It broke his heart
Dalam ayat ini ia mengisahkan, Tuhan merasakan kekesalan terhadap meletakkan manusia di bumi dan AMAT MELUKAKAN HATI TUHAN...
Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya (Al-Hijr-20)
4) Penciptaan ADAM and EVE yang menyebabkan diturunkan ke Bumi
Dalam kitab ini kita akan memperoleh satu cerita yang menarik iaitu Kenapa Wanita Dikehendaki Mengandung dan Lelaki perlu mencari nafkah, Punca kejadian ini disebabkan oleh Adam and Eve telah memakan Buah yang telah diberikan oleh Serpant(ular). Ular pon dihukum juga.....kesian
Genesis 3:14-16
5) Terdapat pelbagai lagi kesalahan demi kesalahan yang terdapat dalam kitab Bible ini. Tujuan saya berkongsi pengalaman ini ialah untuk menghargai Islam sebagai agama kita yang telah kita anuti ini..
Bersyukurlah kita memiliki iman ini dan dipilih oleh Allah mewarisi iman ini. Jadikanlah ia sebagai pengislahan dan pendakwahan kepada yang belum memiliki....
Insyaallah saya akan kupas dengan lebih mendalam Kelak...
Allahuaalam
Khamis, 8 Disember 2011
Kenapa Wanita Islam Di Kehendaki Memakai Hijab/ Tudung
Alhamdulillah.....Entri kali ini saya ingin berkongsi cerita penting yang menjadi bualan harian sama ada di antara wanita islam ataupon bukan islam.
Sebelum saya melangkah dengan lebih mendalam, perlu di ingat dalam Islam panduan hidup yang telah diberikan daripada Pencipta kepada yang diciptakan iaitu buku panduan Islam iaitu Al-Quraan.
1. Dalam surah Al-Nur ayat 31,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
2. Setiap agama mempunyai adab atau etika di dalam melakukan perintah tuhan. Dalam Islam, ciri ciri- atau etika yang perlu ada dalam menutup aurat terbahagi kepada 6:
Labuh
Tidak menunjukkan sama ada pada bahagian depan ataupon belakang seperti Jean yang ketat
Tidak bersifat lutsinar/transparent . Legap digalakkan
Tidak menyerupai jantina yang lain
Tidak menyamai pakaian agama lain seperti rahib atau sami
Menjaga pandangan mata
3. Sebagai contoh, dalam satu keluarga ini ada 2 orang adik beradik kembar seiras, muka serta posture badan adalah sama; Pada satu hari adiknya memakai pakaian yang ala-ala muslimah dan seorang lagi kakaknya memakai pakaian yang seksa lagi menyakitkan nafsu apabila memerhatinya.
Mereka berjalan seiring dan melalui lorong yang gelap. dalam perjalanan itu mereka terserempak dengan lelaki yang bersifat kehaiwanan. Pada anggaran anda yang mana dahulukah yang dipilihnya..???? anda tentukan
4. Cuba anda perhatikan di Malaysia dan renungi
5. Wanita mangsa kepada zaman modernization. Di akhir - akhir ini kita boleh lihat wanita sebagai lambang melempiaskan nafsu dan apa yang di impikan dalam kehidupan ini ialah untuk menjadi Cantik. Maka lahirlah perbandingan untuk mencantikkan diri dengan menarik atau menyindirkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka. Maka keluarlah perkataan seperti, Kolot, tidak ikut trend dan lain- lain yang sama waktu dengannya. Mari kita sama-sama merenung 20 atau 30 tahun lalu, di kala sama ada Melayu India dan Cina, apakah pakaian mereka pada waktu itu.. Cuba tanya pada ayah atau emak anda. Adakah pakaian mereka seperti Bolywood sekarang atau pelakon Hong Kong???? Sehinggakan ada dikalangan India yang mengatakan apabila anda sentuh anak perempuan dan terus anda dipaksa untu berkahwin. Dan perkara ini masaih lagi berlaku di Afghanistan dan Pakistan. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada golongan bukan Islam, bahkan majoriti orang Islam sekarang. LOST oF DignitY and Proud
Gambar Hiasan
6. Apabila kita kehilangan contoh, sudah pasti kita ingin mencari atau membuat sesuatu yang baru. Tetapi perhatikanlah kepada orang-orang yang hebat dalam agama anda, sebagai contoh jika anda seorang Islam, perhatikanlah contoh yang terbaik dalam Islam.iaitu seperti yang termaktub seperti ayat sebelum ini.
Bagi Krisrtian, cuba anda perhatikan MarY,
Dan Bagi Cina, cuba anda lihat lady Guan yin
7. Kesimpulannya, Islam merupakan agama yang berpandukan kepada Al-Quraan dan Sunah, setiap perkara yang telah termaktub atau tealah diturunkan pasti mempunyai hikmah, janganlah kita berasa ego, kerana ego kita pasti akan ditewaskan setelah kebenaran terbukti. Janganlah kita jadi golongan yang memperoleh kerugian setelah hari yang tidak akan berguna harta benda dan anak pinak...
Saya menulis artikel ini kerana ingin menyampai serta berkongsi dengan orang yang saya sayangi....t Jika namamu yg tertulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa Cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita...Tugas pertamaku bukan mencari dirimu, tetapi menSolehkan diriku...Sukar untuk mencari Solehah dirimu, andai Solehku x setanding dgn keSolehahanmu...Janji ALLAH itu pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yg baek adalah untuk Wanita yg baek' "...♥ ^__^
Selasa, 29 November 2011
Introduction to Qnet
Alhamdulillah tanggal 1 Muharam 1433 ini, saya berpengalaman serta berkongsi ilmu yang amat bermanfaat sama ada dunia dan akhirat.
Mari meneroka apa yang ingin saya kongsikan...
Pertama saya ingin mengajak 3 perkara dalam apa yang ingin saya sampaikan
1. Empty your cup
2. Tress pass
3. Shut up listen and do
Jika anda mampu atau ingin mempelajari sesuatu yang baru serta benar. Mari masuk kepada point yang ingin saya sampaikan.
Adakah anda pernah mendengar company bernama Qnet, Qi??
Anda boleh cari menggunakan google serta youtube mengenai syarikat ini. Sebuah syarikat yang begitu besar yang mampu mencapainya dalam masa yang begitu singkat iaitu 13 tahun. Sebuah syarikat yang mempunyai lebih 200 buah negara yang menjadi rangkaiannya dan baru -baru ini diiktiraf sebagai No. 1 network marketing company di Asia
Jadi, apa yang mereka lakukan ? Dan apa yang mampu anda lakukan untuk menjadi seperti ini.
Jika anda ingin melihat adakah sebuah company ini tidak kukuh, mari kita lihat apakah lagi pencapaian yang telah dilakukan oleh syarikat ini.
Adakah anda pernah mendengar QIUP dan Virgin serta pelbagai lagi.
FiFa
QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK
No. 227, Level 2, Plaza Teh Teng Seng
Jalan Raja Permaisuri Bainun
30250 Ipoh
Perak
Pengasas Syarikat iaitu Datuk Vijay Eswaran bersama dengan pemain bola terkenal Ronaldinho
Alhamdulillah saya sudah menyertai company ini dan menjadi bos kepada perniagaan saya, apabila anda ingin menyertainya anda juga sebagai bos dalam perniagaan anda. insyaallah akan berjaya.
Untuk entri yang akan datang saya akan post kan bagaimana kita mampu berjaya dalam perniagaan ini serta memperoleh visi atau impian seseorang dalam kehidupan di dunia ini dan akhirat...
insyaallah
Isnin, 21 November 2011
Pengalaman di Selatan Thai
Perjalanan menempuh bulan……
Pengalaman dalam bulan ini, amatlah memberi makna buat insan ini.
Laungan takbir dan tahmid pada Hari raya yang lalu membuatkan ku bertambah syukur, perjalanan ke selatan Thailand pada hari tersebut, membuka mata akan keberadaan di negara orang.
Penulis hanya ingin berkongsi pengalaman semasa berada di Negara Thailand...
Gerun jugak tuh..... “Karp!karp! ajalah apabila ditanya...
Pada waktu ingin pulang, penulis terserempak juga dengan sebuah kenderaan yang telah dibom dan dibiarkan tersadai di tengah jalan.... “ di antara yang terbunuh ialah askar dalam kenderaan tersebut”... seram juga penulis......Ish2x
Kesimpulannya, I am proud to be Malaysian.... syukur kerana saya dilahirkan di Malaysia, perjalanan kali ini mengajarkan ku erti pengorbanan dan kemerdekaan....
Ahad, 30 Oktober 2011
Why you said all of us will go to hell after we dead.
Raju: Why you said all of us will go to hell after we dead.
Amin: Lets choose an example....one day I am the owner of that computer shop.. and I have two workers Hafiz and Abbas. Hafiz is very bad at attitude, he came late, didn't punctual... always 'mengeteh' at evening and going back home early.
While Abbas came very early before this shop open, doing cleaning and doing what's the boss said.
In this shop there is only two rules.... Don't ever open this cash box and take out the money, One day the boss found out Abbas always manipulating and cheating about the money.....
As a result , which one of them did you think will be fired... Hafiz or Abbas....???
Raju: I think Abbas will be GET OUT because he didn't follow the two rules...
Amin: Of course.... In our religion it have that rules.. which is whoever disbelieve, disobey and didn't have faith in Allah who is created US and the Whole Universe will be send to hell.. But Allah is VERY, VERY kind to All.... He created you and give minds and hearts to followed or disobeyed HIM.... So use it wisely......
All the characters and conversation are just model, didn't pretend to insult others religion.....
Sabtu, 15 Oktober 2011
How long Do you Sleep..........
It is He who doth take your souls by night, and hath knowledge of all that ye have done by day: by day doth He raise you up again; that a term appointed be fulfilled; In the end unto Him will be your return; then will He show you the truth of all that ye did. 06:60
" Dan dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari; kemudian ia bangunkan kamu dari tidur padanya untuk disempurnakan ajal ( masa kamu ) yang telah ditetapkan) Kemudian kepadanya lah tempat kamu kembali, kemudian ia menanyakan kepada kamu apa yang kamu lakukan" Al- Anaam ,60
Below are the point from the productive muslim that I copy.
Isnin, 10 Oktober 2011
Pengalaman Hidup berjiran dgn 1 Malaysia
Semasa perjalanan sambil berjalan kaki, kelihatan sudah jiran - jiran yang lain menyalakan lampu serta pelita untuk beribadah kepada tuhan masing-masing. Selesai solat di Surau Al- Muttaqin, bas sekolah telah menjalankan aktiviti mengambil pelajar pelajar. Kalau berkesempatan, kelihatan jua auntie - auntie mula berjog di sekitar taman. Namun apakan daya, selesai solat mata serta nafsu menjadi point utama sehingga jam 8.
"Barangsiapa shalat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah, oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu dari kalian sebagai imbalan jaminan-Nya, sehingga Allah menangkapnya dan menyungkurkannya ke dalam neraka jahannam. riwayat muslim
Allah jualah yang membelah cahaya subuh dan menjadikan malam untuk berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu . yang demikian itulah kuasa penentuan Allah yang MAha kuasa , lagi Maha mengetahui, 06:096
Rakan-rakan sebilik mula mengemas utk pergi ke tempat kerja, namun biasalah selalu daku yang paling akhir, kedengaran juga pada waktu yang sama , loceng - loceng menyeru kepada tuhan mereka. Kuucapkan syukur pada yang Maha Esa di atas nikmat yang tidak terhingga kerana memberikanku nikmat iman dan Islam. Teringat jua satu perkataan yang disebut oleh sahabat yang sudah dewasa memeluk Islam.,..
" Why GOD is so scarry"
Anjing apabila sudah bernyalak, bising menerjah kedesup telinga apabila ada orang yang mendekati rumah nya... Aduh bertambah pulak anjing yang berkeliaran di sekitar rumah, dek kerana tuannya yang malas meletakkan anjing dalam rumah. Masuk juga dalam perkarangan rumah kerana utk lindungi daripada hujan, nasib baik anjing nie slow motion dan tak berapa garang. Kalau tidak ...........kena cari dawai nie, nak tutup laluan anjing pulak......
Klw bahagian sound system kereta ....berdesung telinga, peliknya blh pulak diorang tahan
Begitulah biasanya apabila hidup berjiran dengan geng 1 Malaysia.
Jadilah Rasulallah sebagai petunjuk agar terbukanya hati dan menjadi pembuaka kepada orang lain menerima hidayah daripada Allah.
Isnin, 3 Oktober 2011
Cacat Tetapi....
Seorang lelaki yang berusia 30 an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan . Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insane yang Berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi pakar motivasi yang terkemuka.
Peserta motivasi bertanya: Bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari inidalam keadaan serba kekurangan ???
Lelaki: Ini bukan kekurangan atau kecacatan . Ini satu kelebihan. Kenapa???? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki.
Peserta motivasi: Tapi tuan juga tidak mampu melihat
Lelaki: Ya betul itu, Saya tidak ada peluang memandang perkara yang diHARAMkan . Saya juga tidak Nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk dengan mereka.
Peserta motivasi: Tapi apa yang tuan ada?
Lelaki : Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca Al- Quraan dan berzikir… Alhamdulillah
Tips: Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza pasti ada kelebiahan. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah Berikan dan Bertanggungjawab atas segala perbuatan.
Gambar hiasan: Syeikh Ahmad Yassin sebelum terbunuh di Palestine
Semoga Allah berkati