Pages

Sabtu, 25 Oktober 2008

RAGAMANA ALAM SEMESTA INI TERBENTUK?

Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.

Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?
Contohnya, bagaimana matahari boleh tercipta? Atau bagaimana bumi kita muncul?
Ada dua bentuk respons kepada soalan ini. Salah satu daripada respons-respons ini adalah benar dan yang satu lagi salah. Mereka yang memberikan respons yang salah hanya mempercayai teori evolusi. Di dalam halaman berikutnya, kami akan menunjukkan kepada kamu respons yang salah terlebih dahulu dan kemudian respons yang benar pula.

Respons Yang Salah
Mereka yang memberikan respons yang salah menyatakan: Alam semesta ini telah sedia ada dan ia muncul dengan sendirinya. Iaitu, berbagai bahan telah berkumpul dengan sendirinya secara kebetulan dan membentuk matahari, bintang-bintang, bumi, lautan, pokok-pokok, sungai-sungai dan bukit bukau.
Apakah kamu fikir pandangan ini tidak logik? Jika seorang sahabat kamu datang dan memberitahu kamu: “Saya telah memasukkan sedikit tanah, batu-batu, dan sedikit air ke dalam sebuah kotak besar. Saya menanti selama beberapa tahun dan kemudian sebuah komputer telah muncul dari kotak ini.” Apakah kamu akan mempercayainya? Kamu mungkin menyangkakan sahabat kamu ini hanya bergurau, berbohong atau gila.
Para Penyokong Evolusi secara terbuka menceritakan kisah panjang seperti ini. Sebuah komputer tidak dapat muncul dengan sendirinya hasil daripada kebetulan. Pertama, seseorang akan merancang bagaimana bentuk komputer ini, dan memilih komponen mana yang perlu digunakan. Kemudian di dalam kilang-kilang besar, jurutera-jurutera, juruteknik-juruteknik dan pekerja berkumpul. Kemudian mereka menggunakan mesin yang besar untuk membentuk komputer tersebut. Oleh itu, apabila kamu melihat sebuah komputer kamu akan tahu ia tidak terbentuk dengan sendirinya. Bukankah lebih wajar jika dikatakan manusia yang bijak telah membuat komputer?
Matahari, bumi dan tumbuh-tumbuhan adalah lebih besar daripada sebuah komputer. Oleh itu, jika ada orang yang membuat komputer, tentu ada satu kuasa yang mencipta matahari, bumi, bulan dan bintang-bintang.

Respons Yang Betul
Apakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan respons yang baik itu? Allah adalah Pencipta kepada matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Segala-galanya di dalam alam ini begitu sempurna dan teratur. Kerana Allah mencipta alam ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada tempatnya

Related topics

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...